Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

KISAH SURAH

Keistimewaan surah Al-Falaq

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



SURAH Al-Falaq yang sering dibaca oleh umat Islam, terdiri daripada lima ayat dan termasuk dalam golongan surah makkiyyah iaitu surah yang turun di kota Makkah.



Ia membawa erti waktu subuh seperti lafaz Al-Falaq pada ayat pertama surah tersebut.



Surah Al-Falaq dan surah An-Nas disebut juga surah Muawwidzatain, iaitu dua surah yang berisi permohonan perlindungan kepada Allah swt. Kedua surah tersebut dapat digunakan untuk memohon perlindungan daripada kejahatan bangsa jin dan setan serta kejahatan manusia.



Berdasarkan penomoran musyaf, surah Al-Falaq terdapat pada nombor surah ke-113 juz ke-30, setelah surah Al-Ikhlas dalam Al-Qur'an.



Berikut adalah antara keistimewaan dan keutamaan surah Al-Falaq.



1. Ia menjadi surah yang menjadi pembebas Rasulullah daripada sihir.



Zaim bin Arqam pernah bercerita bahwa Nabi pernah disihir oleh seorang Yahudi, hingga beliau sakit selama beberapa hari. Jibrail pun mendatanginya dengan membaca surah Mu'awwidzatain, dan berkata: "Seorang Yahudi telah menyihirmu dan telah mengikat beberapa buhul di sumur Fulan."



Nabi mengutus Ali bin Abi Thalib untuk mengeluarkan buhul dari sumur tersebut dan membawanya kepada Baginda. Lalu Baginda memerintahkah Ali untuk melepaskan ikatan tersebut hingga Nabi dapat berdiri seakan-akan baru terlepas daripada ikatan. Namun Baginda tidak menyampaikan hal tersebut kepada Yahudi yang telah menyihir itu. Aku juga tidak pernah lagi melihat mukanya. (HR. Ahmad, VII: 112)



2. Surah yang dibaca Rasulullah saw ketika solat witir.



Aisyah meriwayatkan bahwa Nabi saw dalam dua rakaat sebelum witir, membaca sabbihisma rabbikal-a'la dan Al-Kafirun. Adapun dalam witir beliau membaca Al-Ikhlas dan surah Mu'awwidzatain.



Abu Ja'far berkata: "Barangsiapa yang membaca surah Mu'awwidzatain dan Al-Ikhlas, maka dikatakan kepadanya, 'Wahai hamba Allah, berbahagialah, kerana Allah telah menerima solat Witirmu.'" (At-Tahdzib, Juz 2: 127)



3. Merupakan surah yang belum pernah ada yang menyerupainya.



Uqbah bin Amir meriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda: "Tidaklah engkau melihat beberapa ayat yang telah diturunkan kepadaku malam ini yang selama ini tidak ada yang menyerupainya?" Lalu Baginda membaca surah Mu'awwidzatain sampai selesai. (HR. Muslim, VI: 96)



4. Mampu meringankan penyakit.



"Sesungguhnya Rasulullah saw jika berasa sakit, baginda membaca Mu'awwizat kemudian meniupnya, ketika sakit itu bertambah parah, akulah yang membacakannya lalu aku usapkan dengan tangannya, mengharap keberkahannya." Hadis sahih, diriwayatkan oleh Al-Bukhari (Hadis no. 4629) dan Muslim (hadis no. 4065 dan 4066).



  • Sumber: Laman Muslim Terkini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >