Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pembukaan Rasmi Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah ~ Memupuk Insan yang Bertakwa, Berilmu dan Pemimpin yang Berjiwa Rahmah

Kelebihan Realiti Tambahan (AR) dan Realiti Maya (VR) dimanfaatkan dalam pengajaran seharian

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



INTREGRASI teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mengubah bentuk pendidikan konvensional ke arah sistem pendidikan inovatif dengan bantuan EON-XR yang melibatkan penggunaan Realiti Tambahan (AR) dan Realiti Maya (VR).



Para asatizah Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) dilihat bersedia menyahut perubahan ini yang bertepatan dengan kehendak kurikulum berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).



Menurut asatizah yang mengajar mata pelajaran Dirasat Deeniyyah di MAI, Ustazah Ainijahan Ali Barda Khan, beliau teruja sebaik sahaja dilantik sebagai ahli jawatankuasa Penggunaan Bermakna STEM Dalam Kurikulum (Meaningful Use of STEM In Curriculum).



"Saya rasa teruja, pada masa yang sama, bimbang dengan jangkaan yang ada. Seperti dijelaskan dalam mesyuarat pertama, subjek Pendidikan Islam yang saya ajar telah terpilih sebagai pakej pembelajaran untuk dikembangkan melalui Realiti Tambahan (AR) dan Realiti Maya (VR). Dengan teknologi realiti yang diperluaskan ini, saya percaya terdapat potensi untuk pembelajaran menjadi lebih berkesan, relevan dan juga membuat para pelajar kita lebih terlibat dalam proses pembelajaran.



"Selepas dua sesi latihan, kumpulan saya mengambil keputusan untuk membangunkan pengajaran yang memberi tumpuan kepada topik 'Ketibaan di Madinah'. Ia agak sukar kerana kami perlu merancang dengan baik dan membangunkan pelajaran yang kukuh bagi merangsang minat pelajar. Saya juga mengalami proses pembelajaran yang agak mencabar kerana perlu membuat penyelidikan mendalam dengan melungsuri laman web tertentu bagi meningkatkan kefahaman tentang AR dan VR.



"Walau bagaimanapun, sampel pelajaran pertama benar-benar menjadi inspirasi pembelajaran dan pengajaran untuk diri saya. Dengan keupayaan teknologi, saya berharap dapat menghasilkan lebih banyak pengajaran berasaskan teknologi kepada para pelajar supaya mereka dapat membayangkan konsep dan mempelajari kemahiran serta maklumat baru dengan cara interaktif. Bagi saya, pembelajaran ini memang akan berterusan dan saya tidak sabar untuk meneroka lebih banyak aplikasi AR dan VR dalam pengajaran saya," jelas Ustazah Ainijahan.



Bagi Guru Bahasa Arab di MAI, Ustaz Abdur Rahman Latiff, turut memberi respons yang positif terhadap pengaplikasian teknologi AR dan VR ke dalam sistem pembelajaran. Beliau berkata: "Saya sentiasa mendapat inspirasi daripada rakan-rakan guru yang berusaha untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bersifat interaktif melalui idea-idea yang kreatif. Saya sangat teruja apabila berkesempatan untuk terlibat dalam Jawatankuasa Penggunaan Bermakna STEM Dalam Kurikulum kerana ia memberi peluang untuk meneroka penggunaan teknologi AR dan VR di madrasah kami, terutama sekali bagi pengalaman pembelajaran pelajar saya dalam bahasa Arab.



"Menerusi latihan yang diberikan pula, ia sangat membantu kami menjadi lebih terbiasa dengan teknologi baru ini. Sejajar dengan itu, ia membolehkan kami menggunakan imaginasi dan kreativiti bagi membentuk pengajaran serta pembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang guru bahasa Arab, saya melihat perkara ini sebagai satu peluang keemasan bagi pelajar untuk meneroka tempat-tempat yang indah di seluruh dunia melalui VR. Dengan kecanggihan teknologi ini, ia juga membantu mereka meluahkan pengalaman dengan lebih baik dalam esei deskriptif.



"Bak kata pepatah Arab, "Orang yang merasainya, benar-benar mengetahui". Saya juga melihatnya sebagai satu ruang untuk bekerjasama dengan guru-guru dari jabatan-jabatan lain, terutamanya guru-guru bahasa untuk melihat sama ada wujud pertindihan topik atau tema yang dipilih. Usaha ini akan memaksimumkan penggunaan teknologi, bukan sahaja untuk manfaat bahasa Arab tetapi untuk jabatan-jabatan lain juga."



Encik Del Rasouli Abdul Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Penggunaan Bermakna STEM Dalam Kurikulum, turut menjelaskan kemampuan teknologi yang akan meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. "Melalui pembangunan aset dan pakej pembelajaran subjek pengajian Islam, kami percaya potensi pembelajaran dapat diserlahkan dengan kemampuan teknologi video (VAR). Lantas, ini akan membantu meningkatkan kefahaman para pelajar kami terhadap subjek tersebut," kata Encik Del Rasouli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >