Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Kenali dan contohi sifat Nabi

Nov 01, 2019 | 05:30 AM



ISLAM menjadi dasar peradaban dan akhlak manusia selari dengan asas yang dibawa Nabi Muhammad saw yang releven sepanjang zaman.



Sepanjang kehidupan ini, kita sering mengaku beriman kepada Rasulullah saw.



Kita juga sudah mengaku kasih dan cinta kepada Rasulullah saw, namun bilakah masanya kita mengamalkan sunnah baginda?



Adakah kita berusaha untuk mencontohi akhlak dan mempelajari hadis daripada Rasulullah saw?



Inilah yang dikupas oleh Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof.



Hakikatnya, perjuangan Nabi Muhammad saw dengan para sahabat sangat hebat.



Nabi telah meninggalkan sunah dan hadis untuk kita pelajari dan amalkan.



"Apabila kita mengkaji dan mengamalkannya secara ilmiah, ianya akan dapat melahirkan rasa cinta terhadap Rasulullah saw.



"Oleh itu, kita dapat memberi gambaran dan bayangan tentang akhlak dan cara Rasulullah,'' ujar Ustaz Muhammad Zuhaili.



TAK KENAL MAKA TAK CINTA



"Ramai anak muda hari ini minat kepada penyanyi, pelakon, pemain bola dan sebagainya.



"Mereka akan melihat figura-figura tersebut secara lebih mendalam merangkumi cara berjalan, cara pemakaian, cara percakapan, rupa dan penampilan serta pelbagai lagi. Semua itu akan mereka ikuti.



"Tetapi, bayangkan kalau anak-anak cucu kita kenal kepada Nabi Muhammad saw dengan mempelajari cara kehidupan, cara pemakaian, cara pertuturan, dan akhlak Nabi.



"Nescaya, ia akan lebih mudah untuk melahirkan rasa cinta dan minat terhadap Rasulullah saw.



"Jika susah untuk mewujudkan rasa cinta kepada Rasulullah, ia pasti berpunca daripada kita yang tidak betul-betul mengenali baginda," jelas ustaz lagi.



CIRI-CIRI RASULULLAH



Terdapat empat sifat yang ada pada diri Nabi Muhammad.



Pertama, sifat 'siddiq' (jujur).



Firman Allah swt dalam surah An-Najm yang bermaksud:



"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri." (53:3)



"Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (53:4)



Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw tidak pernah berbohong. Baginda mengucapkan perkara yang benar sahaja.



Sifat kedua yang ada pada diri baginda ialah 'amanah'.



Rasulullah tidak pernah mengkhianati sesiapa pun. Apabila diberikan sesuatu amanah, baginda pasti akan menjaga amanah tersebut dengan baik.



Contohnya, baginda menyampaikan risalah dan hidayah daripada Allah melalui malaikat Jibril as kepada umat manusia sebagai satu amanah.



Sifat seterusnya ialah tabligh (menyampaikan).



Nabi Muhammad saw bertanggungjawab untuk menyampaikan wahyu dan petunjuk Allah kepada umat Islam. Baginda tidak menyembunyikan perkara tersebut.



Sebaliknya, baginda akan menyebarkan apa yang telah diajarkan kepadanya untuk seluruh umatnya.



Perkara terakhir yang ada pada seorang Rasulullah ialah fatonah (bijaksana).d



Rasulullah saw memiliki kebijaksanaan, khususnya dalam menyampaikan dakwah baginda kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kerenah dan lapisan umur.



Jelaslah bahawa para rasul mengamalkan ciri-ciri di atas sepanjang kehidupan mereka, ujar Ustaz Muhammad Zuhaili.



Oleh itu, kata Ustaz Zuhaili, kenalilah Nabi Muhammad saw secara bersungguh-sungguh dan ikutilah apa yang dilakukan oleh baginda.



Mudah-mudahan, melalui pengenalan dan pengamalan sifat-sifat tersebut, kita dapat meneruskan legasi Rasulullah saw dalam menyebarkan rahmat buat sekalian alam.



Mengenali Nabi Muhammad saw sebenarnya kita membicarakan sejarah kehidupan insan kamil yang diperturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia sebagai ikutan dan teladan par excellence yang wajib dicontohi dan sebagai penutup para nabi dan rasul.



Mempelajari sirah Nabawiyyah sebenarnya adalah pernyataan untuk mengungkapkan tentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada umat manusia.



Sepanjang penyampaian risalah itu, Rasulullah saw menghadapi pelbagai liku cabaran dan perjuangan yang pahit getir, kekuatan fizikal dan mental yang selayaknya dilalui oleh para nabi dan rasul.



Kegigihan Rasulullah saw akhirnya merubah keseluruhan struktur kehidupan masyarakat Arab sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial.



Kebijaksanaan Rasulullah saw mengendalikan urusan pentadbiran negara, pertahanan, ketenteraan serta ekonomi membuktikan keunggulan baginda sebagai pemimpin yang patut dicontohi sepanjang zaman.



  • Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof, 25 tahun, mempunyai Ijazah dalam bidang Syariah Islam dari Universiti Al-Azhar dan bekerja sebagai Pegawai Agama di Masjid An-Nur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >