Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Khutbah: Kisah Nabi Musa; kesungguhan mencari ilmu

Jun 12, 2020 | 01:15 PM



MASYARAKAT Muslim diingatkan terdapat pelbagai penyesuaian yang perlu dilakukan agar mereka dapat terus kekal releven dalam alam pekerjaan. 



Paling penting sekali, mereka digalak untuk memanfaatkan peluang mempertingkat kemahiran di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini, demikian menurut teks khutbah Majlis Ugama Islam Singapura yang disediakan hari ini.



"Situasi yang sedang kita lalui sekarang ini mengajar kepada kita bahawa kita perlu bersama-sama mempertingkatkan kemahiran kita... 



"Keadaan kehidupan yang sentiasa berubah-ubah memerlukan kita untuk mempelajari sesuatu ilmu baru. Setiap ilmu itu pastinya mempunyai kemanfaatan buat diri kita."



Masyarakat Muslim ujarnya, tidak harus melepaskan peluang yang ada untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan, manfaatkan setiap tawaran yang ada "kerana ia merupakan peluang yang dikurniakan Allah swt buat kita untuk mempertingkatkan kehidupan kita" sambil mengaitkan kisah kesungguhan Nabi Musa as dalam mencari ilmu dan bagaimana Baginda mengorbankan masa dan tenaganya mengembara demi mempelajari sesuatu ilmu.



Dalam khutbah itu juga, Muis juga mendorong menggalak masyarakat Muslim, menyemai jiwa dan kerohanian mereka dengan ilmu agama. 



Menurutnya, terdapat pelbagai peluang yang terbentang luas buat seseorang Muslim mempelajari ilmu agama. 



"Kita mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti kelas-kelas agama yang ditawarkan secara “online” oleh masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian Islam. Kesemua kelas-kelas ini boleh dimanfaatkan semasa waktu lapang kita.



"Tidak dinafikan bahawa terdapat dikalangan ahli keluarga kita yang tidak mempunyai pengetahuan atau kemudahan untuk memanfaatkan maklumat-maklumat keagamaan ini secara ‘online’," menurut perutusan khutbah itu. 



Menurut Muis lagi, individu Muslim yang berpengetahuan, berperanan untuk membantu mereka yang menginginkan bantuan dalam mendapatkan maklumat-maklumat keagamaan yang diperlukan seperti buku-buku keagamaan, memuat turun video-video keagamaan dalam alat komunikasi mereka atau memuat turun aplikasi-aplikasi keagamaan yang baik.



"Kesemuanya ini adalah sebahagian dari usaha kita untuk memastikan ahli keluarga dapat terus memperoleh mesej-mesej kerohanian yang berguna untuk jiwa dan kerohanian mereka.



"Hendaklah kita juga memastikan bahawa kandungan keagamaan yang diperolehi dan dikongsikan itu adalah sesuatu yang mendorong kepada kebaikan, dan disampaikan oleh asatizah yang bertauliah.



"Inilah merupakan usaha dan kesungguhan kita untuk meningkatkan diri dan mencari ilmu. Setiap yang beriman pastinya akan terdorong untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan ilmu pengetahuannya. Kita tidak akan hanya berdiam diri, berserah tanpa sebarang usaha," kata Muis dalam khutbahnya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >