Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Kualiti puasa perlu terus ditingkat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
0

Kualiti puasa perlu terus ditingkat

Apr 16, 2021 | 05:30 AM

IBADAH puasa hanya akan hadir selama sebulan dalam setahun.

Tatkala manusia berpuasa, sebenarnya ia menjadi ujian dan cabaran buat umat nabi Muhammad saw.

Di saat berpuasa inilah akan terbukti, sama ada seseorang mampu bersabar dalam melawan hawa nafsu atau pun tidak.

Ustaz Mohamad Rais berkata puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi banyak perkara yang perlu 'ditahan' supaya kita dapat mencapai tahap puasa yang berkualiti.

Secara umumnya, kualiti puasa seseorang Muslim dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat.

Dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin, Imam Ghazali telah membahagikan puasa kepada tiga tahap iaitu puasa al-Umum, puasa al-khusus (khawas) dan puasa Khusus al-Khusus (khawashul khawas).

PUASA AL-UMUM

Menurut Imam Ghazali, tingkat puasa ini adalah tingkat puasa yang paling rendah.

Ustaz Mohamad Rais memberikan penjelasan:

"Puasa al-Umum atau puasa orang awam (orang kebanyakan) adalah bermakna kita menahan diri daripada makan dan minum serta apa-apa sahaja yang membatalkan puasa dari awal fajar hingga matahari terbenam.

"Walaupun tahap puasa ini paling rendah, tetapi puasa ini tetap dianggap sah. Namun begitu, cubalah untuk naik ke tahap yang lebih baik. Jangan sampai puasa hanya sia-sia kerana kita berpuasa, tetapi gagal menahan diri, khususnya bab hati."

PUASA AL-KHUSUS

Ustaz Mohamad Rais berkata tingkat tahap puasa khawas atau al-khusus ini lebih tinggi, berbanding puasa orang awam.

Selain menahan diri daripada makan dan minum, anggota badannya seperti telinga, mata, mulut, kaki dan lain-lain, turut berpuasa.

"Seseorang itu akan mencapai tahap ini jika dia berjaya menahan diri daripada melakukan apa-apa sahaja yang tidak diredai oleh Allah swt. Mulutnya tidak bercakap perkara-perkara yang menyakitkan orang lain.

"Matanya tidak melihat benda-benda haram atau lucah. Telinganya pula tidak mendengar umpatan orang. Ertinya, setiap anggota tubuh badannya terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan," kata ustaz.

PUASA KHUSUS AL-KHUSUS

Tambah ustaz lagi tingkat puasa ini (khawashul khawas) adalah paling tinggi, berbanding puasa umum dan puasa khawas.

Ia lebih utama dan lebih istimewa kerana susah untuk mencapai tahap ini.

Bagi orang yang mencapai tahap ini, tiada ingatan dalam fikirannya, selain mengingati Allah swt sahaja.

Kebiasaannya, tahap ini hanya mampu dicapai oleh para nabi dan para wali.

"Ingatan dan zikirnya kepada Allah swt begitu kuat sekali. Hatinya berpuasa daripada memikirkan perkara-perkara duniawi atau segala hal yang memalingkan ingatannya terhadap Allah swt. Inilah tahap puasa yang paling berkualiti," ujar ustaz.

USAH SIA-SIAKAN PUASA

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Berapa ramai orang yang berpuasa, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali hanya rasa lapar dan dahaga sahaja.

"Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaganya sahaja." (HR Ibnu Majah)

Jelas Ustaz Mohamad Rais lagi:

"Rugilah kalau kita berpuasa sekadar dapat dahaga dan lapar sahaja, tetapi tiada pahala di sisi Allah swt.

"Jadikan bulan Ramadan sebagai platform terbaik untuk mendidik kesabaran dan nafsu.

"Jangan jadikan puasa sebagai 'budaya' semata-mata, tetapi jadikan ia sebagai ruang untuk memperbetulkan kesalahan diri. Barulah puasa itu lebih bermakna dan memberi manfaat kepada kita," pesan ustaz.

TINGKATKAN MUTU PUASA

Ustaz menyatakan lanjut:

"Mungkin susah untuk mencapai tahap puasa yang paling maksimum. Namun, ia tidak bermakna kita tidak perlu mencuba. Contoh paling mudah, jangan terlalu memikirkan soal berbuka puasa, lebih daripada ibadah.

"Kita sering sibuk memikirkan nak berbuka puasa dengan lauk apa, sedangkan soal ibadah, kita tidak sesibuk itu pula.

"Sebenarnya, perkara-perkara sebeginilah yang akan mengurangkan kualiti puasa kita kerana kita terlalu asyik dengan benda keduniaan. Perbuatan ini tidak salah, tetapi jangan keterlaluan sehingga mengabaikan perkara yang utama.

"Lengkapkan ibadah fardu dan tambahkan dengan ibadah sunat. Isikan hari anda dengan seberapa banyak ibadah yang anda mampu laksanakan sepanjang berpuasa seperti membaca al-Quran, solat witir, solat dhuha, dan sebagainya."


  • Ustaz Mohamad H Rais lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3