Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Lailatulqadar: Malam masyhur, malam hadiah

Apr 25, 2021 | 05:30 AM



LAILATULQADAR adalah sebuah malam masyhur yang menjadi ketetapan Allah buat hamba-Nya. Ia adalah satu malam yang dikhususkan kepada orang Islam sahaja sebagai satu hadiah agung daripada Allah.



Oleh itu, umat Islam dianjurkan memperbanyak ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.



KEUNTUNGAN UMAT NABI MUHAMMAD



Umat Nabi Muhammad saw ialah umat terbaik dibandingkan dengan umat-umat terdahulu. Pernyataan ini dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:



"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf, dan mencegah daripada yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik (tidak mempedulikan perintah Allah)." (Ali Imran: 110).



Kisah Nabi Musa as yang bermohon kepada Allah untuk menjadi umat Nabi Muhammad juga sangat popular. Ini membuktikan bahawa Nabi Musa as sedar tentang keuntungan menjadi umat Nabi Muhammad saw.



Allah menerangkan bahawa segala keistimewaan yang disebut itu dikhaskan hanya buat umat Rasulullah Muhammad saw.



Umat Muhammad ialah umat paling awal akan masuk ke dalam syurga dan pahala yang diberi kepada umat baginda sangat berganda.



Selain itu, hanya umat Nabi Muhammad saw yang merasai lailatulqadar.



SATU IBADAH DAPAT PAHALA 1000 BULAN



Walaupun orang dahulu kuat beribadah selama berjam-jam, pahalanya setakat apa yang dikerjakan mereka. Tetapi kalau orang Islam beribadah pada malam lailatulqadar, ibadahnya itu diibaratkan dilakukan sebanyak 1,000 bulan, atau 83 tahun.



Pahala satu ibadah digandakan sebanyak pahala beribadah 1,000 bulan. Bayangkan kalau kita lakukan banyak ibadah lain? Sudah tentu pahalanya akan makin bertambah.



Tetapi, harus diingatkan bahawa pahala tersebut bukan tiket untuk mengabaikan ibadah lain.



Jangan pula kalau kita rasa kita dah dapat pahala lailatulqadar, kita tinggalkan pahala lain selama bertahun-tahun sebab berasa sudah cukup dengan mendapat pahala lailatulqadar. Itu adalah satu konsep yang salah.



TANDA LAILATULQADAR



Pada malam lailatulqadar, semuanya berada dalam keadaan tenteram dan aman. Tidak ada guruh, tidak ada panas terlalu terik, dan tidak ada kekacauan di langit mahupun di bumi.



Apa suasana terasa sejuk hingga mendatangkan nikmat kepada orang beribadah, kemungkinan besar berlaku lailatulqadar pada malam itu.



Keadaan sangat tenang kerana semua malaikat turun pada malam istimewa itu. Para malaikat mengucapkan salam kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah pada waktu tersebut.



Bagaimanapun, mencari tanda-tanda lailatulqadar bukanlah satu keutamaan. Apa yang harus difahami ialah cara mendapatkan keistimewaan yang ada pada malam itu.



SOLAT MALAM HAPUS DOSA



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa mendirikan solat pada malam lailatulqadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.



Orang yang pernah berbuat jahat akan diampunkan segala dosanya, jika dia melakukan solat malam pada malam lailatulqadar.



Qiamullail (berjaga pada waktu malam untuk beribadah) tidak semestinya bangun pada 2 atau 3 pagi.



Jika selepas isyak, kita melakukan solat tarawih dan kemudian solat witir, itu juga dikira sebagai qiamullail. Tetapi, kita memang digalak qiamullail pada waktu awal pagi kerana pahalanya lebih banyak.



Solat malam bersendirian adalah lebih baik, tetapi kalau berasa tidak mahu solat sendirian, maka solatlah bersama kawan-kawan.



Beribadahlah mengikut kemampuan masing-masing tetapi sertakanlah ia dengan keikhlasan tinggi.



DOA BULAN RAMADAN



Mohonlah doa kepada Allah dengan doa yang sering dibaca pada Ramadan, khususnya pada 10 malam terakhir, iaitu: "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni", yang beraksud: "Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun dan suka memberi keampunan maka ampunilah aku."



Dirikan solat-solat sunat walaupun setakat yang kita mampu, sebab kita pasti tidak mahu terlepas pahala besar yang disediakan kepada umat Nabi Muhammad saw dalam bulan mulia ini.




"Bagaimanapun, mencari tanda-tanda lailatulqadar bukanlah satu keutamaan. Apa yang harus difahami ialah cara mendapatkan keistimewaan yang ada pada malam itu."
- Ustaz Mohamad H. Rais




  • Ustaz Mohamad H. Rais lulusan sarjana muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >