Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Lambang ketakwaan dibuktikan melalui cara hidup, bukan sekadar penuhi rukun

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



KONSEP takwa berkait rapat dengan perbuatan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah swt dan melaksanakan segala suruhan-Nya.



Sebagai orang beriman, konsep takwa perlu dihayati dengan mendalam bagi melindungi diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.



KELEBIHAN BERTAKWA



Ustaz Pasuni Maulan berkata terdapat beberapa kelebihan bertakwa kepada Allah swt. Jika kita bertakwa kepada Allah swt, maka kita akan menahan diri daripada amalan membazir.



Sesungguhnya, Allah swt tidak suka dan melarang amalan-amalan yang sia-sia seperti pembaziran.



Secara tidak langsung, perbuatan mengelakkan diri daripada pembaziran akan mengukuhkan kestabilan kewangan individu, mahupun kewangan keluarga.



Ketakwaan kepada Allah swt juga akan membuat hati kita ringan untuk melakukan amalan-amalan yang disukai oleh Allah swt seperti bersedekah dan beramal jariah. Bersedekah dan membantu orang lain merupakan satu sunah yang akan menyebabkan kita dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah swt.



SALAH FAHAM TENTANG TAKWA



Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat menganggap bahawa sifat takwa hanya perlu dipenuhi dengan pelaksanaan lima rukun Islam sahaja.



Pada pandangan mereka, cukuplah sekadar melengkapkan rukun tersebut secara zahir.



Namun begitu, ustaz menyangkal pendapat tersebut kerana penyempurnaan rukun tersebut bukanlah bukti kepada ketakwaan seseorang.



Kata ustaz lagi:



"Perkara ini merupakan satu salah faham kerana pelaksanaan amalan seperti solat, berpuasa malah membayar zakat hanyalah amalan yang dilaksanakan untuk membentuk seorang Muslim yang beriman ke arah ketakwaan. Tetapi, ia bukanlah ukuran tepat kepada sesebuah ketakwaan."



RUKUN ISLAM HANYA USAHA MENUJU TAKWA



Sehubungan dengan itu, ustaz meminta agar kita mendalami rukun Islam secara lebih terperinci agar ia mampu membentuk peribadi yang lebih mulia.



"Orang yang berjaya menyempurnakan kelima-lima rukun tersebut, belum tentu dianggap sebagai bertakwa kerana pelaksanaan rukun hanyalah usaha untuk membentuk keperibadian Muslim sahaja. Maksudnya, itu baru usaha untuk menjadikan seseorang itu bertakwa sahaja, tetapi ia bukanlah bukti diri sudah bertakwa.



"Namun begitu, lima amalan rukun Islam itu akan membawa kepada sifat takwa, sekiranya seseorang individu melaksanakan dengan baik. Jangan hanya bertakwa dalam sesetengah keadaan sahaja. Kita hendaklah bertakwa tidak kira masa, tempat dan keadaan."



Perkara ini sejajar dengan firman Allah swt dalam surah A-li'Imraan iaitu:



"Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa; dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" (3:102)



DIDIK KETAKWAAN



Ustaz Pasuni turut memberitahu bahawa segala rukun Islam yang disebut itu memainkan peranan penting dalam membentuk diri ke arah insan bertakwa.



"Kita boleh mendidik ketakwaan melalui usaha melaksanakan rukun Islam. Contohnya, kita senang hati dalam mengeluarkan zakat. Keprihatinan kita sebagai seorang yang beriman tidak sekadar mengeluarkan zakat kepada asnaf semata-mata, tetapi ia akan mewujudkan rasa simpati terhadap keperluan orang lain.



"Melalui pembayaran zakatlah kita dapat melatih diri untuk membantu orang yang dalam kesusahan seperti anak-anak kecil yang kehilangan tempat bergantung. Ketahuilah bahawa orang yang membantu orang yang berada dalam kesusahan, maka dia akan menerima rahmat daripada Allah swt.



"Setelah seseorang itu melengkap segala rukun Islam, diharapkan agar sifat-sifat baik akan terhasil daripada usaha melaksanakan solat, puasa, zakat, dan haji," jelas ustaz.



TAKWA DILIHAT MELALUI GAYA HIDUP



Sebenarnya, takwa ditentukan oleh cara hidup, di mana pelbagai aspek perlu diambil kira seperti peribadi, perwatakan, pemikiran dan percakapan.



Setelah menyempurnakan segala rukun Islam, seseorang itu perlu meneliti perlakuan agar ibadahnya itu menimbulkan kesan pembentukan watak yang baik, kata ustaz.



"Contohnya, jika seseorang itu solat, adakah solat suduh cukup untuk menjadikan seseorang itu bertakwa? Sejujurnya, ia belum mencukupi lagi. Daripada sudut zahir, ternyata individu tersebut sudah mengikuti perintah Allah swt. Namun, kita perlu melihat kesan solat itu terhadap pembentukan peribadi seseorang," kata ustaz selebihnya.



CIRI TAKWA SELARI DENGAN KEBAIKAN



Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kekejian dan kemungkaran. Tetapi jika seseorang yang mengamalkan solat itu berdepan dengan sesuatu krisis, namun dia tetap menyakiti hati orang lain, maka dia tidak menepati ciri-ciri orang bertakwa.



"Tindakan dan mulutnya tidak selari dengan sifat takwa iaitu perbuatan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt.



"Dengan memahami ciri-ciri orang bertakwa, kita akan mampu mengawal diri daripada segala nafsu, kemarahan, dan sebagainya."



"Apabila kehidupan manusia adalah berasaskan takwa kepada Allah swt, Insya-Allah hidup kita diberkati di dunia dan akhirat,"kata ustaz.




Ustaz Pasuni Maulan kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM). Beliau juga pengerusi Masjid Tentera Di-Raja; naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan mantan Pendaftar di ROMM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >