DARIPADA Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw bahawa baginda bersabda:
"Janganlah seseorang mengharapkan kematian dan janganlah dia berdoa untuk mati sebelum datang waktunya. Kerana orang yang mati itu amalnya akan terputus, sedangkan umur seorang Mukmin tidak akan bertambah melainkan menambah kebaikan." (Hadis riwayat Muslim).