Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

RENUNGAN JUMAAT

Lebih sedekad tabur bakti selaku relawan

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



SELAMA hampir 25 tahun, Encik Mohd Yusoff Sayed Mohd menabur bakti di Masjid Malabar sebagai sukarelawan.



Beliau yang bermula sebagai pelajar salah sebuah kelas agama yang dianjurkan di sana dahulu kemudian menyertai anggota jawatankuasa masjid tersebut dan kini merupakan penolong setiausaha di sana.



Encik Yusoff, 62 tahun, berkongsi bahawa banyak kenangan manis yang dilaluinya di Masjid Malabar.



Sebelum pandemik Covid-19, setiap Jumaat beliau akan berada di masjid untuk membantu membentang tikar bagi jemaah yang tiba.



Beliau juga akan membawa kain yang digunakan untuk mengumpul derma daripada para jemaah.



"Kita akan kumpul duit menggunakan kain kecil dan akan jalan dari jemaah ke jemaah.



"Ada masjid yang gunakan tin (untuk kumpul derma) tapi kami gunakan cara tradisional ini sepertimana nenek moyang kami lakukan dahulu," cerita datuk dua cucu itu.



Selain Encik Yusoff, Encik Afzal Abdul Rahman, 48 tahun, turut menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Masjid Malabar yang terletak di Victoria Street itu.



Encik Afzal sudah berkhidmat di sana lebih 11 tahun.



Berkongsi pengalamannya, beliau berkata, selain menguruskan jemaah setiap Jumaat dan memastikan mereka mempunyai tempat solat, Ramadan dan Maulidur Rasul juga merupakan waktu yang sibuk baginya.



"Kita akan uruskan iftar, siapkan bubur... banyak perkara logistik yang perlu difikirkan.



"Bagi Maulidur Rasul, kita akan uruskan pengagihan makanan. Setiap tahun, Maulidur Rasul merupakan acara besar-besaran dengan sekitar 800 hingga 1,000 bungkus makanan akan diagihkan kepada jemaah," kata beliau.



Anak-anak beliau juga terlibat dalam pelbagai program anjuran Masjid Malabar, serta menghadiri kelas mengaji yang diadakan di sana, kata Encik Afzal.



Ditanya apa yang membuatnya tertarik kepada masjid tersebut dan mahu terus menjadi sukarela di sana, Encik Afzal berkata:



"Antara perkara utama ialah bahasa. Bahasa ibunda saya ialah Malayalam dan itulah antara hubungan besar (dengan masjid) sebab semua orang di situ boleh berbual menggunakan bahasa yang sama, jadi lebih mesra.



"Tapi bila saya menjadi sukarelawan, saya tak rasa seperti saya sedang lakukan kerja sukarela, ia lebih seperti apa yang kita lakukan dalam sebahagian kehidupan kita."



Encik Yusoff pula berkata, melakukan tugas sukarela "datang secara semula jadi" baginya.



Pun begitu, beliau akur sebagai sukarelawan, perlu ada kemahiran untuk membahagikan masa.



"Kita perlu uruskan keluarga, kerja dan juga berkhidmat di masjid... jadi saya perlu uruskan masa dengan baik," katanya.




"... bila saya menjadi sukarelawan, saya tak rasa seperti saya sedang lakukan kerja sukarela, ia lebih seperti apa yang kita lakukan dalam sebahagian kehidupan kita."
- Encik Afzal Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >