Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

HIDAYAH

Luah rasa sayang terhadap Nabi, hidupkan sunah Baginda

Oct 30, 2020 | 05:30 AM



NABI Muhammad saw menjadi satu-satunya nabi dan rasul yang berupaya untuk menganugerahkan syafaat untuk menolong umatnya di akhirat kelak.



Malangnya, sebilangan besar mengakui bahawa mereka mencintai dan mengasihi Baginda, namun tiada sebarang usaha untuk mendekati dan mengingati junjungan besar Nabi Muhammad saw.



SAMBUTAN MASYARAKAT DAHULU



Ustaz Mohamad H Rais menyatakan bahawa terdapat pelbagai kecenderongan dalam menyambut Maulidur rasul.



Menurutnya, para ulama terdahulu amat menyayangi Nabi Muhammad saw. Antara cara mereka meluahkan rasa cinta dan sayang terhadap Baginda saw adalah dengan mengarang syair atau cerita yang penuh puitis.



Ada pula sesetengah orang yang berlebihan sehingga mereka berasa sambutan Maulidur Rasul itu satu kewajipan. Setiap kali tibanya 12 Rabiulawal, mereka akan mengadakan sambutan secara besar-besaran.



Terdapat juga sebilangan masyarakat yang mengamalkan amalan berzanji dalam jangka masa yang ditetapkan dari awal hingga kemuncak 12 Rabiulawal dan sebagainya."



Kalau zaman dahulu di Mesir, mereka menyambut kelahiran Rasulullah saw dengan sangat meriah seakan-akan kemeriahan di pasar malam.



Malahan, ada amalan tradisi tertentu yang mereka lakukan sempena Maulidur Rasul.



"Itu menjadi satu perkara yang bagus kerana mereka mempunyai semangat dan perasaan bersyukur atas kelahiran pemimpin agung, Nabi Muhammad saw," ujar Ustaz.



HIDUPKAN SUNAH NABI



"Antara cara yang paling mudah untuk membuktikan rasa sayang terhadap Nabi Muhammad saw adalah dengan menghidupkan sunah Rasulullah, ujar Ustaz.



"Banyak sunah yang boleh diikuti seperti amalan zikir, berwuduk, membaca doa sebelum dan selepas melakukan sesuatu serta banyak lagi.



"Sekurangnya-kurangnya dalam satu hari, pastikan lidah kita mengucapkan selawat sebanyak 100 kali.



"Apabila bercakap tentang sunah nabi, sesetengah orang laju sahaja berbincang pasal kahwin empat semata-mata. Sedangkan, banyak lagi amalan lain yang boleh dilihat untuk dilaksanakan dalam kehidupan masing-masing," katanya.



KELEBIHAN BERSELAWAT



Ustaz Mohamad Rais turut menyatakan:



"Sememangnya, perbuatan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw adalah satu tuntutan dalam syariat agama Islam."



Hal ini dinyatakan sedemikian kerana banyak kelebihan yang disediakan bagi mereka yang suka berselawat ke atas Baginda saw.



Daripada Abdullah bin 'Amr ra bahawa Nabi saw bersabda:



Maksudnya: "Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah swt akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat." (Hadis Riwayat Muslim)



Pada masa yang sama, kelebihan ini dilihat daripada Abu Umamah ra yang menyatakan bahawa Nabi saw bersabda:



Maksudnya: "Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam syurga)." (Riwayat al-Baihaqi)



NABI SERING BERDOA



Membaca doa telah menjadi satu amalan yang sangat disukai Baginda saw. Baginda juga pernah berdoa dengan doa yang ringkas, tetapi padat yang meliputi urusan dunia serta akhirat.



Diriwayatkan lagi daripada Anas bin Malik ra:



"Doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah saw, ialah 'Allaahumma Rabbana atinaa fid dun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa 'azaaban naar' (Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhilah kami dari azab api neraka)." (HR Muslim)



Selain itu, Baginda saw juga gemar beristighfar selepas solat pada setiap hari.



Sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Thauban bin Bajdad ra, beliau berkata, apabila Rasulullah saw selesai daripada solatnya, Baginda beristighfar sebanyak tiga kali, lalu Baginda membaca:



"Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa zal jalaali wal ikram''



Maksudnya: "Ya Allah, Engkau adalah Maha Pemberi keselamatan dan keselamatan hanyalah dari-Mu. Maha berkat Engkau, wahai Pemilik Agung dan Kemuliaan." (HRMuslim)



"Oleh itu, marilah kita bersama-sama menzahirkan ingatan terhadap kelahiran insan mulia iaitu Rasulullah saw, bukan pada 12 Rabiulawal sahaja, malah untuk sepanjang hayat," pesan ustaz.



  • Ustaz Mohamad H Rais berkelulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.


"Antara cara yang paling mudah untuk membuktikan rasa sayang terhadap Nabi Muhammad saw adalah dengan menghidupkan sunah Rasulullah. Banyak sunah yang boleh diikuti seperti amalan zikir, berwuduk, membaca doa sebelum dan selepas melakukan sesuatu serta banyak lagi... marilah kita bersama-sama menzahirkan ingatan terhadap kelahiran insan mulia iaitu Rasulullah saw, bukan pada 12 Rabiulawal sahaja, malah untuk sepanjang hayat."
- Ustaz Mohamad H Rais.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >