Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

RENUNGAN JUMAAT

Masjid Malabar mahu sedia lebih ruang khusus buat Muslimah

Masjid berjaya kumpul $6.4 juta, masih berusaha perolehi baki $2.5 juta
Dec 24, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH bangunan baru tiga tingkat sedang dibina bersebelahan tapak Masjid Malabar, sebahagian projek naik taraf masjid tersebut.



Bangunan baru itu bakal menyediakan lebih banyak ruang terutama bagi jemaah Muslimah serta bilik darjah dan bilik mesyuarat yang lebih selesa.



Selain bangunan baru itu, masjid di Victoria Street itu turut melalui kerja-kerja ubah elok.



Keseluruhan kerja naik taraf dan ubah elok tersebut yang bermula pada September 2020 dijangka siap menjelang suku ketiga tahun depan.



Dihubungi baru-baru ini, pengerusi Masjid Malabar, Encik Osman Abdullah, berkata, mendapatkan tanah sebesar sekitar 592 meter persegi itu memakan masa agak lama.



"Masjid sedia ada ialah setinggi tiga tingkat, jadi kita dapatkan tanah untuk bina bangunan baru tiga tingkat juga agar boleh disambungkan dengan bangunan lama.



"Agak susah untuk dapatkan tanah itu sebab kawasan situ dekat dengan MRT bawah tanah dan ada kawasan perkuburan juga, jadi kami berhati-hati untuk tidak sentuh kubur-kubur di situ juga.



"Memang makan masa agak lama untuk semuanya diluluskan tetapi alhamdulillah dengan rahmat Tuhan, kami peroleh juga tanah itu," ujar beliau.



Jumlah keselurahan kos bagi kerja-kerja naik taraf dan ubah elok termasuk harga tanah yang dibeli Masjid Malabar ialah $8.9 juta.



Sejauh ini, masjid tersebut telah berjaya mengumpulkan $6.4 juta, dan masih berusaha mengumpulkan baki $2.5 juta, ujar Encik Osman, 75 tahun.



Ini dilakukan melalui waqaf, derma yang dikumpulkan daripada tin, tabung masjid dan pengumpulan derma semasa majlis khas seperti Maulidur Rasul.



Menurut Encik Osman lagi, aras dua dan tiga bangunan baru masjid itu akan menempatkan dewan solat Muslimah, bilik darjah bagi kelas madrasah, bilik mesyuarat serta pejabat pengerusi dan pentadbiran.



Di aras pertama pula, sebuah dewan serbaguna akan dibina di mana acara khas seperti majlis perkahwinan boleh diadakan.



Tempat wuduk dan tandas baru juga akan disiapkan.



Selain itu, pintu masuk baru yang menghadap Victoria Street akan mempunyai kaunter maklumat.



Terdapat juga Galeri yang mempamerkan warisan budaya dan artifak masyarakat Malabar di Singapura.



Lif yang boleh digunakan untuk mengakses kedua-dua bangunan baru dan lama juga akan dibina, dengan pengumuman dibuat dalam bahasa Malayalam dan Inggeris.



Namun, dengan kesemua rancangan itu, Encik Osman berkata, mereka masih merancang mengekalkan penampilan luar masjid dengan jubin biru dan kubah emas yang sudah sinonim dengan Masjid Malabar.



Meskipun masjid ditutup selama kerja ubah elok dan naik taraf dilakukan, kegiatan yang sudah lama dilakukan di masjid, misalnya, Zikir Majlis yang diadakan setiap minggu serta kelas dewasa fiqah masih diteruskan. Ini dilakukan secara dalam talian melalui wadah Zoom.




Singkap sejarah



MUSLIM Malabar datang ke Singapura dari Kerala, India, pada awal 1900-an.



Mereka kebanyakannya merupakan pedagang dan penjual rempah-ratus, barang kemas dan kain, dan terkenal dengan kedai "kaka" yang ada di banyak estet kejiranan dahulu.



Untuk menjaga kemaslahatan masyarakat tersebut, persatuan Malabar Muslim Jama'ath ditubuhkan pada 1927 dan mula beroperasi di sebuah rumah kedai di Changi sebelum berpindah ke Bussorah Street.



Pada 1950-an, masyarakat Muslim Malabar di sini mengumpul dana untuk membina masjid.



Masjid Malabar dibuka secara rasmi oleh Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak, pada 24 Januari 1963.



Sehingga hari ini, masjid tersebut merupakan pusat rohani dan sosial yang penting dalam kalangan masyarakat Muslim Malabar di sini, dengan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Arab dan Malayalam, bahasa ibunda orang-orang Malabar.




CARA MENDERMA BAGI PROJEK NAIK TARAF MASJID MALABAR



1. Wang tunai

Anda boleh ke Masjid Malabar di 471 Victoria Street, Singapura 198370



2. Cek berbayar ke "Malabar Mosque" atau hantar ke Masjid Malabar mengikut alamat di atas



3. Pemindahan wang dalam talian ke Malabar Mosque, akaun OCBC 581-227204-001



4. PayNow ke UEN S29MQ0053L




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >