Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Masjid yang dinaik taraf bakal pacu peningkatan pembelajaran murid tadika

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



DENGAN peningkatan Masjid Darul Makmur yang terletak di Yishun, murid-murid tadikanya bakal meraih peningkatan juga dalam pengalaman pembelajaran mereka.



Sementara masjid dinaik taraf, perkhidmatan tadika akan dipindahkan buat sementara ke Masjid Assyafaah.



"Insya-Allah setelah peningkatan masjid selesai, murid-murid akan berada di tempat yang baru dengan kelengkapannya yang mempunyai ciri-ciri terkini. Pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih menarik dan akan mengikut peredaran masa," jelas Pengetua tadika Masjid Darul Makmur, Cik Shahren Ali, 45 tahun.



Menurut Cik Shahren, yang mula berkhidmat sebagai guru tadika di masjid ini pada 2003, selain daripada ruang yang luas dan baru, sistem IT (teknologi maklumat) bakal dipertingkat dan ini boleh diterapkan dalam pembelajaran kanak-kanak tadikanya.



Masjid Darul Makmur ditubuhkan pada 1987. Seiringan dengan pembukaan masjid, tadikanya juga telah bertapak pada tahun yang sama.



Masjid ini menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika masjid dengan tujuan mendapatkan pendidikan keseluruhan - duniawi dan ukhrawi. Program tadika itu ditujukan untuk kanak-kanak berusia daripada empat tahun sehingga enam tahun.



Matlamat utama tadika Masjid Darul Makmur adalah menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi keseluruhan pembesaran anak-anak.



Ini termasuk pembangunan akademik dan juga kemahiran tertentu. Contohnya, selain daripada mata pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik, kemahiran sosial dan pendidikan Islam juga diajar.



Tadika masjid juga berada di bawah naungan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) maka kegiatan yang disediakan perlu mengikut garis panduan yang telah dilakar oleh ECDA. Selain daripada pembelajaran akademik dan juga kemahiran hidup yang diterapkan, komponen ukhrawi adalah tambah nilai yang ditawarkan dalam pembelajaran harian. Kurikulum yang diterapkan di tadika masjid ini adalah berdasarkan Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).



"Kami menerapkan kamahiran asas seperti cara bergaul dengan kawan-kawan, cara menunggu giliran dan berkongsi permainan. Ia adalah kemahiran asas yang di terapkan pada kanak-kanak. Selain itu, ada komponen Islam tambahan yang kami terapkan juga, seperti pembacaan surah-surah asas dan bacaan doa bersama terjemahannya supaya murid-murid ini akan faham apa maksud atau makna yang di bacanya," terang Cik Shahren lagi sambil menambah surah-surah yang diajar secara bertahap serta mengikut peringkat umur mereka.



Jika pada awalnya mereka mempelajari doa-doa harian seperti doa makan, doa untuk ibu bapa dan sebagainya, di tadika tahun dua mereka mempelajari doa-doa dalam solat, doa wuduk, serta amali wuduk dan solat.



Beliau sendiri dapat lihat perbezaan dalam diri murid-murid tadikanya.



Ada yang menangis pada hari pertama sekolah tetapi mereka juga menangis pada hari terakhir sekolah pada tahun kedua, bukan kerana masih takut tetapi kerana sedih akan meninggalkan guru-guru mereka.



Personaliti mereka turut berubah kepada pelajar yang lebih berkeyakinan dan kemahiran sosial mereka juga meningkat. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka turut menyambung pendidikan ukhrawi ke kelas-kelas Kids aLive dan Teens aLive di masjid ini.



Tenaga Pengajar di Tadika terdiri daripada 100 peratus guru yang terlatih khususnya dalam bidang pembangunan anak-anak pada peringkat Diploma serta ada juga merupakan lulusan Universiti Al-Azhar.



Cik Shahren sebagai pengetua pula mempunyai ijazah dalam bidang pembangunan anak-anak dan pengajian keluarga daripada Universiti Edith Cowan.



Cik Shahren mengatakan pasukannya akan berusaha memberikan yang terbaik walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa menjalankan kerja peningkatan.



Tadika Darul Makmur akan berada di Masjid Assyafaah di kawasan Sembawang dan beliau mengalu-alukan penduduk di kawasan ini agar mendaftarkan anak mereka di tadika ini.



"Besar harapan kami kepada semua masyarakat Islam khususnya dari kawasan Utara Singapura dapat membantu dan memberikan sumbangan bagi kerja-kerja peningkatan di Masjid Darul Makmur. Semoga dengan sumbangan masyarakat, anak-anak di Tadika Masjid akan dapat meraih manfaatnya dan mereka inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang," katanya dengan penuh harapan.




HULUR SUMBANGAN IKHLAS



Sumbangan ikhlas kepada Masjid Darul Makmur boleh dibuat dengan:



- melungsur laman https://campaigns.darulmakmur.sg; atau



- melalui cek atas nama 'MASJID DARUL MAKMUR' dan hantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 76909.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >