Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Memburu husnul khotimah

Muslim disaran sering berdoa dan berusaha untuk menuju husnul khotimah - 'akhir yang baik'
Oct 28, 2021 | 05:30 AM



BERBANDING adik-beradiknya yang bergelar ustaz dan ustazah, Cik Majidah Khamsani, seorang pelajar dan qariah, mungkin kurang dikenali.



Namun ketika beliau meninggal dunia pada usia 21 tahun pada 2014, ramai yang menyaksikan sesuatu yang indah semasa proses urusan jenazah. Ini terutamanya di dewan solat dan ruang atas Masjid Assyafaah di Sembawang, sesak dengan kira-kira 400 yang hadir semasa solat jenazah.



Malah solat itu telah diimamkan mantan Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, dengan antara jemaah termasuk mantan Menteri Bertangggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim, dan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.



Pemergian Allahyarhamah Majidah disebut-sebut oleh pemerhati di kalangan bijak pandai agama sebagai pemergian yang cemburui - kerana ada tanda-tanda husnul khotimah, iaitu pengakhiran yang diinginkan dan dianggap mulia dalam Islam.



Kakak Allahyarhamah Majidah, Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani yang kini Ketua Jabatan Pendidikan dan Al-Quran, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, mengungkap semula detik pemergian adiknya apabila ditanya Berita Harian (BH) tentang contoh kematian yang ada tanda-tanda husnul khotimah.



Ustazah Nurul 'Izzah berkata Madrasah Al Irsyad, tempat Almarhumah menuntut telah menghantar beberapa bas untuk para pelajarnya ke Masjid Assyafaah untuk sama-sama solat jenazah.



"Beliau pernah 'berdakwah' semasa di pusat dialisis semasa dia sedang menjalani rawatan di sana sehingga seorang pesakit pertengahan usia, datang pada hari kematiannya dan mengatakan yang beliau dapat hidayah untuk menutup aurat, solat dan mengaji berkat usaha Almarhumah.



"Pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Almarhumah sempat solat Isyak berjemaah bersama ahli keluarga semasa di hotel di Kuala Lumpur. Itulah solat terakhirnya yang mencukupkan ibadah solat lima waktunya pada hari itu.



"Semasa hayatnya, beliau banyak bersabar dengan ujian kesakitan yang menimpanya dan beliau tidak menjadikan keadaannya sebagai alasan untuk tidak berjaya. Beliau pelajar cemerlang dan termasuk dalam Senarai Dekan pada tahun pertama di Open University Malaysia," kongsi Ustazah Nurul 'Izzah.



Pengertian husnul khotimah menurut bahasa Arab terdiri daripada kata 'hasan' yakni baik dan 'khotimah' yang bererti 'sebuah akhir'. Justeru ungkapannya diterima sebagai 'akhir yang baik'.



Dalam surah Al-Imran ayat ke 102, Allah swt berfirman:



"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan Muslim (berserah diri)."



Mati dalam keadaan husnul khotimah memang seharusnya menjadi salah satu impian umat Islam.



Meninggal dalam keadaan husnul khotimah juga memiliki keutamaan tersendiri.



Antara tanda-tanda yang biasa disebutkan oleh para ulama mengenai kematian husnul khotimah adalah berikut dengan setiap satu diperkuatkan dengan hadis-hadis sahih:



1. Mengucap syahadat ketika hendak meninggal dunia.



2. Meninggal dunia dengan keringat di dahi. Hal ini seperti yang tertera dalam hadis Rasul yang berbunyi:



"Meninggalnya seorang Mukmin dengan keringat di dahi." (HR. Ahmad, An-Nasa'i, dll. Sanad An-Nasa'i shahih di atas syarat Al-Bukhari).



3. Meninggal pada malam atau siang hari Jumaat.



4. Meninggal kerana penyakit tha'un (wabak).



5. Meninggal di jalan Allah (Mati Syahid).



6. Meninggal kerana penyakit perut, tenggelam dan tertimpa reruntuhan.



7. Meninggal ketika melahirkan anak.



8. Meninggal dalam keadaan berjaga-jaga (ribath) fi sabilillah



9. Meninggal dalam keadaan beramal shalih



10. Meninggal kerana mempertahankan harta dan harga diri.



Mereka yang meninggal dalam keadaan husnul khotimah dianggap beruntung kerana akan diperlakukan dengan baik di alam kubur hingga hari kiamat.



Lantas, bagaimana agar seorang Muslim dapat meraih husnul khotimah?



Ustazah Nurul 'Izzah berkata, selain sering berdoa dan berusaha seiring untuk menuju husnul khotimah, seorang Muslim tidak boleh sombong dengan segala kelebihan diri kerana kita tidak akan tahu pengakhiran kita.



"Kita seharusnya lebih 'sibukkan' diri dengan menjaga diri sendiri kerana kita tidak tahu penghujung hayat kita. Keadaan kita ini boleh berubah, jadi perlulah doa minta Allah beri ketetapan hati dalam melakukan kebaikan dan dalam ketaatan kepada-Nya hingga ke akhir hayat," ujar beliau.



Doa yang diajar Nabi Muhammad saw: "Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku di akhirnya".



Kata Ustazah Nurul 'Izzah lagi:



"Ada orang awal hidupnya tidak bagus tapi di akhirnya sempat bertaubat lalu meninggal dalam keadaan husnul khotimah.



" Ada pula sebaliknya lalu di penghujungnya su'ul khotimah (pengakhiran yang tidak baik). Jadi yang jahat atau banyak dosanya, jangan sampai putus asa. Boleh jadi dengan taubat nasuhanya boleh menjadikan dia hamba yang dicintai Allah pada akhir hayatnya.



"Yang bagus amalannya, jangan pernah berbangga kerana takut hatinya berpaling. Hakikatnya, kita masuk syurga bukan kerana amalan kita semata, tetapi kerana rahmat Allah.



"Lebih baik merasa diri hina hingga melihat orang lain bersih daripada merasa diri sendiri mulia hingga melihat orang lain kotor," ujar beliau.



Syarat husnul khotimah, tambah beliau, ialah dengan beristiqamah dalam beribadah.



Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)




HADIS PILIHAN



Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:



“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah swt daripada yang lemah dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah swt dalam segala urusanmu, dan jangan sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan terjadi begini dan begitu, tetapi katakanlah, ini sudah takdir Allah swt dan Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki kerana ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.”



Abu Hurairah menuliskan bahawa Rasulullah saw pernah berkata: “Seandainya aku tidak terlalu membebani pengikutku, aku akan memerintahkan mereka untuk menggunakan siwak sebelum setiap doa.” (Al-Bukhari dan Muslim)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >