Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Mempersiap diri sambut Ramadan

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



KITA sering mendengar tazkirah yang mengatakan Ramadan adalah bulan maghfirah, rahmat, dan menuai pahala, jadi bagaimana membuat persiapan yang baik?



Berkongsi tip, Ustazah Nur Azyan Roslan, Eksekutif Pendidikan Islam Masjid Al-Falah, menitipkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.



PERSIAPAN ROHANI DAN JASMANI



Dengan membiasakan diri mengamalkan puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, seorang Muslim akan lebih terlatih dengan kebiasaan berpuasa sebelum bertemu Ramadan.



Ini dapat membantu mendidik rohani agar lebih bergantung pada Allah swt, sekali gus menguatkan rohani dan keimanan seseorang.



"Dalam keadaan rohani yang sudah dididik ini, ia dapat membantu seseorang itu mengamalkan kegiatan lain yang dianjurkan, seperti menjaga pemakanan agar pilihan itu sentiasa halal, tidak bermalas-malasan beribadat pada malam hari dan bersemangat bekerja dan melakukan kebaikan," jelas Ustazah Nur Azyan.



"Rasulullah saw juga kerap mengamalkan puasa di luar Ramadan dan ibadah puasa ini amat dianjurkan oleh sebilangan besar ulama.



"Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Diangkat amalan (seminggu) pada Isnin dan Khamis dan aku suka ketika amalanku diangkat dan aku dalam keadaan berpuasa". (HR At-Tirmidzi)."



MENGAMALKAN SIFAT PEMURAH DAN MEMBERI



Kita dididik mengenai ganjaran yang dinikmati oleh seorang yang berpuasa, antaranya pahala yang bakal diperolehi daripada segala amalannya akan digandakan.



"Dalam hal ini, pastinya amalan memberi dan bersedekah tidak harus diabaikan. Ramadan juga dikenali sebagai bulan muwaasah; iaitu bulan memberi pertolongan kepada yang berhajat.



"Amat dianjurkan agar sifat dermawan diamalkan sebelum ketibaan Ramadan. Oleh itu seseorang dapat memperoleh istiqamah dalam memberi dalam Ramadan dan seterusnya," kata Ustazah Nur Azyan lagi.



Menurut beliau, 'Ubaidallah bin 'Uqbah meriwayatkan bahawa Ibnu 'Abbas ra pernah berkata: "Nabi saw adalah orang yang paling lembut (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan kelembutan Baginda saw yang paling baik adalah saat dalam Ramadan ketika Jibrail as datang menemui Baginda saw. Dan Jibrail as datang menemui Baginda saw pada setiap malam dalam Ramadan (untuk membacakan Al-Quran) hingga Al-Quran selesai dibacakan. Apabila Jibril as datang menemui Baginda saw, maka Baginda saw adalah orang yang paling lembut dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus." (HR Bukhari).



MENINGKATKAN ILMU TENTANG IBADAH PUASA



Imam Al-Ghazali berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia."



"Daripada nasihat ini, semestinya kita wajib mempelajari tentang fiqah Ramadan agar kita mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa dan apa jua yang mengurangi pahala puasa.



"Antara perkara yang kita selalu abaikan adalah keutamaan waktu sahur. Bahkan, ada di antara kita yang tidak bangun bersahur sedangkan jika kita tahu, sahur adalah antara waktu yang barakah dan mustajab berdoa.



"Sebaiknya kita mengambil kesempatan ini untuk berdoa dan beristighfar," tambah Ustazah Nur Azyan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >