SETELAH umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan dengan pelbagai cabaran dan sekatan disebabkan pandemik Covid-19 bermula pada tahun lalu, ramai yang mengharapkan Ramadan tahun ini bakal disambut dengan lebih meriah.
Begitulah lumrah kita sebagai Muslim yang mengidamkan suasana Ramadan yang boleh menyuntik semangat, dan yang lebih utama mencari keberkatan pada bulan yang mulia ini.