Menjadi Muslim sempurna di luar Ramadan
Jun 10, 2016 | 05:30 AM
KETIKA Al-Quran mula memperkenalkan kewajipan puasa Ramadan, umat Islam sedang menghadapi kemelut ancaman peperangan permusuhan yang memuncak dari pemimpin Quraisy Makkah.
Akhirnya tercetus perang Badar pada tahun kedua Hijrah - peperangan yang buat pertama kalinya menyaksikan umat Islam mendapat pertolongan Allah dalam bentuk bantuan ketenteraan seperti yang terfirman dalam surah Al-Anfal.