Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Menjaga mata daripada melihat maksiat

Hidayah
32
0

Menjaga mata daripada melihat maksiat

Jan 15, 2021 | 05:30 AM
  • Allah swt memerintahkan setiap hamba-Nya yang beriman supaya menjaga mata daripada melihat yang haram dan menjaga kemaluan daripada melakukan sesuatu yang haram.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada setiap hamba mentaati perintah Allah swt untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan dan azab seksa kelak.

Menerusi firman Allah swt bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada apa yang tidak halal melihatnya) dan memelihara kehormatan (daripada apa saja yang tidak halal melakukannya)." (Surah an-Nur, ayat 30)

SAMPAH DOSA

  • Jangan sekali-kali membawa sampah dosa ke dalam hati melalui pandangan jahat dan liar.

Bayangkan betapa seriusnya Rasulullah saw menjaga pandangan Baginda dan sahabat.

Ibnu Abbas mengisahkan, "Al-Fadhl pernah membonceng Rasulullah saw. Kemudian datang seorang wanita daripada Khats'am, lalu dia memandang wanita itu dan wanita berkenaan memandang beliau. Lantas Nabi saw segera memalingkan wajah Fadhl ke arah lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ZINA MATA

  • Rasulullah saw bersabda:

"Setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina, kedua-dua mata berzina dan zina keduanya adalah melihat (kepada sesuatu yang haram).

Kedua-dua tangan berzina dan zina keduanya adalah memegang (kepada sesuatu yang haram atau menggunakannya secara salah).

Kedua-dua kaki berzina dan zina keduanya adalah berjalan (ke tempat yang haram).

Mulut berzina dan zinanya adalah mengucup (sesuatu yang haram). Hati menginginkan sesuatu dan kemaluan akan membenarkannya (iaitu dengan melakukan zina) atau mendustakannya (dengan tidak melakukannya)." (Hadis Riwayat Imam Muslim dan Imam Al-Baihaqi)

PANDANGAN PERTAMA

  • Rasulullah saw bersabda kepada Ali bin Abi Thalib ra

"Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan demi pandangan. Dibolehkan bagimu hanyalah pandangan pertama, bukan pandangan yang selanjutnya." [HR. Abu Daud dari Buraidah bin Al-Hushaib radhiyallahu'anhu, Shahih Abi Daud: 2149]

  • Sahabat Mulia Jarir bin Abdillah ra berkata:

"Aku bertanya kepada Rasulullah tentang pandangan yang tiba-tiba? Maka beliau bersabda: Palingkanlah pandanganmu." [HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi, Shahih Abi Daud: 2148]

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3