DENGAN linangan air mata sambil tangan menadah ke langit, jemaah haji keluar dari khemah masing-masing memohon keampunan dan memanjat pelbagai doa selepas asar di Padang Arafah.
Lautan dua juta manusia berpakaian ihram serba putih - dengan 1.37 juta jemaah dari serata pelosok dunia, termasuk 680 dari Singapura, serta 600,000 jemaah setempat - membanjiri Padang Arafah semalam.