Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Muslim perlu teruskan ibadah, kebajikan yang lazim semasa Ramadan

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



RAMADAN menyemaikan sikap positif termasuk 'itqan' (kesungguhan) melakukan pelbagai ibadah.



Aidilfitri pula menandakan kemenangan atau kejayaan.



Ukuran kejayaan sebenar ialah sejauh mana kita dapat meneruskan 'itqan' selepas Ramadan.



Maka itu, garisan penamat Ramadan menandakan satu permulaan bagi memacu terus kesungguhan melakukan kebaikan.



Demikian ditekankan Ustaz Dr Mohamed Ali dalam ceramah hikmah Ramadan di Radio Warna menjelang iftar pada 25 Ramadan.



Penghujung Ramadan, jelasnya, tidak bererti berakhir segala kebaikan dan kebajikan.



"Bahkan pada akhir garisan ini bermula satu permulaan. Inilah yang dinamakan lembaran baru setelah Ramadan," ujarnya.



Beliau berkata Ramadan menanamkan sikap sungguh-sungguh dalam segala yang kita kerjakan - melalui puasa, sedekah, melazimkan tadarus Al-Quran, melaksanakan solat tarawih dan qiamullail, iktikaf dan sebagainya.



Kesungguhan itu tidak harus berhenti apabila berakhirnya Ramadan, katanya sambil memetik firman Allah swt yang menggesa hamba-Nya supaya bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu.



"Maka apabila kamu telah selesai (daripada suatu urusan,) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh yakni (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (Surah As-Syarh, ayat 7-8)



Beliau juga memetik hadis Nabi saw bahawa "sesungguhnya Allah sangat suka bahkan cinta apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (hadis riwayat Imam Al-Baihaqi)



Dr Mohamed, yang juga naib pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), berkata ketekunan yang ditonjolkan sepanjang Ramadan menghasilkan natijah yang baik.



"Natijahnya pula hanya akan dapat diraih, apabila ketekunan seperti yang kita hasilnya pada bulan ini diteruskan bahkan ditingkatkan pada bulan-bulan selepasnya," katanya.



Mereka yang gagal memanfaatkan Ramadan dengan terus bersikap malas dan lalai akan kekal dengan sikap demikian selepas Ramadan.



Dalam menyambut Aidilfitri bagi menzahirkan kesyukuran atas kemenangan dalam Ramadan, beliau berkata kita perlu menilai diri apakah kita benar-benar mendapat kemenangan ataupun tidak.



"Hanya kita sendiri sahaja yang tahu jawapannya," kata Ustaz Dr Mohamed, sambil mengajak Muslim muhasabah diri, berusaha dan berdoa agar Allah swt mengurniakan kemenangan dan mengampunkan segala kesalahan dan dosa apabila meninggalkan Ramadan.



Pada waktu sama, beliau mengajak Muslim menanam azam dan semangat untuk meneruskan amalan ibadah dan kebajikan yang telah lazim semasa Ramadan.



"Kita harus sentiasa ingat bahawa kebajikan yang banyak tidak hanya terhenti pada bulan Ramadan. Kita teruskan semangat kebajikan ini.



"Hakikatnya, institusi Ramadan telah membina kita menjadi insan bersifat ihsan dan itqan," katanya sambil mengajak Muslim berdoa semoga Allah swt mengurniakan kebaikan dan kekuatan bagi kita meneruskan hidup dengan lebih baik selepas Ramadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >