Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Nama-nama syaitan dan 'tugasnya'

Ustazah Nurul 'Izzah terangkan matlamat iblis dan anak buahnya yang namanya tidak disebut secara khusus dalam Quran dan hadis
Nov 25, 2022 | 05:30 AM



PERNAHKAH anda masuk ke rumah, setelah penat bertugas, dan kebetulan pada hari itu anda ditegur bos di tempat kerja, lalu anda terus melepaskan geram pada isteri atau anak-anak?



Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, orang tua pernah berpesan, berilah salam dan bacalah surah Al-Ikhlas sebelum masuk ke rumah.



Sebabnya, kata mereka, ini untuk menjauhi godaan syaitan bernama daasim, yang tugasnya menyelinap masuk ke dalam jiwa seseorang yang menemui keluarganya lalu dia akan menampakkan cela mereka di matanya sehingga membuatnya marah.



Benarkah?



Menjawab soalan ini dalam e-mel kepada Berita Harian, Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani, Ketua Jabatan Al- Quran, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, menjelaskan:



"Sebenarnya tidak disebut secara khusus nama syaitan ini sebagai daasim sama ada dalam Al-Quran atau hadis.



"Namun, terdapat dalam atsar iaitu sesuatu yang dinisbahkan kepada sahabat (Rasulullah saw) dan tabiin sahaja.



"Apa pun, sebelum masuk ke dalam rumah, mengikut nasihat ulama, bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali dan Ayatul Kursi sekali.



"Kemudian bacalah doa yang diajarkan oleh Nabi saw: "Allaahumma innii as aluka khairal maulaji wa khairal makhraji. Bismillaahi walajnaa wa bismillaahi kharajnaa wa 'alaa Robbinaa tawakalnaa."



Yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami, kami bertawakal".



"Kemudian berilah salam kepada ahli keluarga."



'TUGAS' DAN MATLAMAT SYAITAN



Menurut Ustazah Nurul 'Izzah, syaitan-syaitan juga mempunyai 'tugas' tertentu, cuma nama-nama yang khusus, seperti daasim, tsabr, al-a'war, miswath atau zaknabur, tidak didapati dalam Al-Quran atau hadis.



"Yang disebut secara khusus dalam Al-Quran ialah "iblis" (ketua syaitan). Ia disebut sebanyak 11 kali dan perkataan "syaitan" secara umum disebut sebanyak 63 kali.



"Dalam hadis Nabi saw ada disebut syaitan yang bernama khanzab, yang 'tugasnya' mengganggu orang yang sedang menunaikan solat agar berasa was-was, dan walhan, yang 'tugasnya' mengganggu orang agar was-was semasa mengangkat wuduk dan bersuci.



Ustazah Nurul 'Izzah menambah, matlamat syaitan adalah menyesatkan manusia supaya jauh daripada ketaatan kepada Allah swt dan terjerumus ke dalam neraka.



Itulah yang dijanjikan oleh iblis yang dilaknat Allah swt dalam surah Al-Hijr, ayat 39, yang bermaksud:



"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya."



Oleh itu, terang Ustazah Nurul 'Izzah, syaitan adalah musuh yang nyata bagi anak Adam.



Perkara ini beberapa kali disebut dalam Al-Quran sebagai amaran dan larangan daripada Allah swt supaya jangan mengikut jejak langkah syaitan.



Antara ayat yang menyatakan perkara ini adalah dalam surah Al-Baqarah, ayat 168, yang bermaksud:



"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu."



Allah swt juga menerangkan kepada hamba-hamba-Nya mengenai kejahatan syaitan dalam surah Al-Baqarah, ayat 268, yang bermaksud:



"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya."



SIAPA SEBENARNYA SYAITAN YANG MENYEBARKAN BERITA PALSU?



Dalam zaman di mana media sosial mempunyai pengaruh besar, apakah ada syaitan bernama miswath, yang 'tugasnya' menyebarkan khabar angin yang tidak benar, berita palsu dan sebagainya.



"Saya tidak pasti tentang nama khusus bagi syaitan tersebut. Namun, sudah pasti syaitan, yang sifatnya suka kepada kejahatan, juga memainkan peranan dalam menyebarkan fitnah dan kepalsuan dalam kalangan manusia.



"Bahkan, manusia yang sebegini juga digelar syaitan," terang Ustazah Nurul 'Izzah.



Untuk mengelak penyebaran kepalsuan dan peri pentingnya memeriksa kesahihan sesuatu berita, beliau berkata bahawa surah Al-Hujurat, ayat 6, menjelaskan:



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."



Menerangkan pengajaran daripada ayat ini, Ustazah Nurul 'Izzah menambah, cukup jelas kita, sebagai orang beriman, tidak sepatutnya terburu-buru mempercayai setiap berita yang disampaikan kepada kita sebelum kita memeriksa dahulu kesahihannya.



Beliau menukil hadis daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda, yang bermaksud: "Cukuplah bagi seseorang itu dosa berbohong jika ia menceritakan segala apa yang ia dengar." (Sunan Abi Daud).



MASALAH LUPA DAN WAS-WAS DALAM SOLAT



Bagi menangani masalah ini, Ustazah Nurul 'Izzah berpesan:



"Mohonlah perlindungan Allah swt dengan berdoa:



"Allaahumma innii a'uuzubika min syaitaanil waswasati khanzab", yang bermaksud:



"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan yang membuat orang was-was iaitu khanzab."




SYAITAN ADALAH MUSUH YANG NYATA...



"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
– Surah Al-Baqarah, ayat 168.




"Saya tidak pasti tentang nama khusus bagi syaitan tersebut (yang tugasnya menyebarkan khabar angin tidak benar, berita palsu dan sebagainya).



Namun, sudah pasti syaitan, yang sifatnya suka kepada kejahatan juga memainkan peranan dalam menyebarkan fitnah dan kepalsuan dalam kalangan manusia.



Bahkan, manusia yang sebegini juga digelar syaitan."
- Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani, Ketua Jabatan Al-Quran, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.




SEKILAS BIODATA



  • Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani ialah Ketua Jabatan Al-Quran, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah. Beliau lulusan Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir.


Cara capai solat khusyuk



DALAM buku Praktikal Solat Sempurna oleh Ustaz Muhadir Haji Joll, Imam Al-Ghazali menggariskan enam unsur yang mesti dibawa ketika solat untuk mencapai khusyuk:



1) Hudhurul Qalb (kehadiran hati)



Menumpukan perhatian dan sedar terhadap apa yang diucapkan dan dilakukan dalam solat. Hati dan fikiran tidak melayang kepada yang lain.



2) Tafahhum (faham)



Memahami secara mendalam makna bacaan dalam solat.



3) Ta'zhim (Pengagungan)



Merasakan keagungan Allah dan penghormatan terhadap-Nya ketika membaca bacaan serta melakukan gerak-geri dalam solat.



4) Haibah (Merasakan kehebatan)



Merasakan kehebatan Allah swt lalu berasa takut terhadap-Nya. Takut di sini disertai rasa cinta lalu berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.



5) Raja' (Mengharap)



Mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah swt walaupun mengakui kekurangan dan kelalaian ketika mendirikan solat.



6) Haya' (Berasa malu)



Perasaan malu kerana dosa yang dilakukan di luar solat dan kelalaian yang dilakukan dalam solat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >