Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Islam memuliakan wanita

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



MEREDAH arus perkembangan kontemporari, pemikiran masyarakat zaman sekarang sudah mengharungi persepsi yang berbeza terhadap kaum wanita.



Mungkin 50 tahun lalu, perspektif masyarakat melihat peranan wanita hanya terhad di rumah sahaja.



Namun, peratusan besar generasi wanita pada hari ini sudah mempunyai kerjaya dan kedudukan yang tersendiri.



PEMERKASAAN WANITA SUDAH LAMA BERMULA



Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman berkata ramai yang sedar tentang betapa luasnya peranan wanita dalam sektor politik, ekonomi dan kemasyarakatan.



Beliau berkata: "Mungkin kita ingat perkembangan peranan wanita hanya bermula pada zaman generasi milenium.



"Namun sebenarnya, agenda memperkasa dan menaik taraf martabat wanita sudah bermula sejak ribuan tahun yang lalu.



"Zaman sekarang ini hanya menghidupkan kembali apa yang pernah terjadi pada zaman lampau.



"Ketahuilah, kedudukan dan peranan wanita sudah pun diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw sejak kira-kira 1,500 tahun lalu.



"Perkara tersebut melibatkan kebenaran wanita untuk berpendidikan, wanita boleh turut serta dalam perkembangan Islam dan sebagainya."



Menurut Ustazah Nadia Hanim lagi, perjuangan kedudukan itu masih kekal relevan hingga ke hari ini. Ia bukanlah perkara yang baru.



Tetapi, manusia sering mengada-adakan adat sendiri dan lupa tentang perjuangan yang pernah dimartabatkan oleh Rasulullah saw sebelum ini.



RASULULLAH MENGIKTIRAF KEDUDUKAN WANITA



Ustazah Nadia Hanim turut menyatakan sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab Jahililah melihat wanita sebagai komoditi atau barang yang diperdagangkan.



Suasana ini bukan berlaku di Tanah Arab sahaja, bahkan di seluruh penjuru dunia, ujar beliau.



"Kedudukan wanita pada zaman tersebut sangat rendah sehingga mereka tidak melihat wanita sebagai individu, sebaliknya mereka menganggap wanita sebagai salah satu hak lelaki yang boleh dipergunakan sesuka hati.



"Kemudian, Rasulullah saw datang untuk memperbetulkan kefahaman buruk tentang wanita.



"Baginda saw mengajar umat Islam bahawa wanita ialah manusia yang selayaknya dihormati, dihargai dan dilindungi,'' kata Ustazah Nadia Hanim lagi.



PANDANGAN WANITA DITERIMA



Menurut Ustazah Nadia Hanim lagi, sebelum itu, pendapat wanita tidak didengari kerana wanita dianggap tiada hak untuk bersuara.



Namun, Rasulullah saw sebagai seorang pemimpin telah mendengar keluhan para wanita dengan adil dan saksama.



"Contohnya, terdapat kejadian yang berlaku selepas Nabi Muhammad saw selesai menunaikan haji, di mana Rasulullah telah menyampaikan kepada para sahabat tentang urutan Haji ini dan sunah untuk menggondolkan kepala bagi kaum lelaki.



"Namun, para sahabat memperlambat- lambatkan perintah itu sehingga membuatkan Baginda berasa sedih. Kemudian, Baginda saw menceritakan perkara ini kepada isterinya, Ummu Salamah.



"Lalu, Ummu Salamah memberi pandangan tentang isu ini dan meminta Rasulullah saw melakukan perbuatan itu secara terang-terangan (tahalul) di hadapan para sahabat. Ketika mendengar saranan Ummu Salamah, Rasulullah saw menerima dan mengikuti nasihat Ummu Salamah secara terbuka.



"Mungkin, menerima pandangan daripada kaum wanita bukan menjadi kebiasaan masyarakat sebelum itu.



"Namun, Baginda saw sendiri tidak segan menerima pandangan daripada para wanita," kata Ustazah.



PELBAGAI HAK UNTUK WANITA



Semasa menyampaikan ulasan berkaitan topik Memelihara Wanita menerusi Facebook@Masjid Maarof, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar berkata, Islam telah meletakkan garis panduan tertentu tentang cara memelihara dan menghormati wanita.



"Jadi, kita perlu tahu bagaimana memberikan hak-hak mereka menurut Islam.



"Sesungguhnya, Islam telah menaik taraf kedudukan wanita dengan pelbagai hak, yang tidak diperolehi kaum wanita sebelum kedatangan Islam," ujar beliau.



Ustaz Kamal berkata pada sebelum itu, wanita hanya menjadi hak warisan anak lelaki setelah kematian suami.



Kedatangan Islam telah mendatangkan pencerahan baru.



Islam telah memberi hak warisan kepada isteri dan anak perempuan.



"Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia. Namun, Islam mengiktiraf hak warisan wanita dalam pembahagian harta. Inilah keadilan yang telah ditetapkan oleh Allah swt," kata Ustaz Kamal.




SEKILAS BIODATA



  • Ustaz Mohd Kamal Mokhtar bertugas sebagai Penasihat Syariah dan memiliki Ijazah Sarjana Sains (Kewangan) dari Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

  • Ustazah Nadia Hanim A. Rahman bergiat aktif dalam perkumpulan Al-Wafa' dan mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >