NUZUL Quran atau turunnya Al- Quran dari Lohmahfuz di langit ketujuh menuju Baitul Izzah di langit dunia sebelum diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw dalam jangka waktu kurang lebih 23 tahun adalah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang perlu disambut bukan setakat sebagai satu acara tahunan sahaja.
Lebih penting, Nuzul Quran, yang berlaku pada 17 Ramadan iaitu malam esok (Selasa 21 Mei), seharusnya menjadi peringatan kepada umat Islam Muslim supaya menghargai peranan penting yang dimainkan Al-Quran dalam kehidupan.