Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

FACEBOOK LIVE BERSAMA ANDALUS

Pandemik bukan alasan berhenti belajar agama

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



PEMBELAJARAN agama adalah satu kewajipan sebagai seorang Muslim dan ia tidak boleh berhenti meskipun dalam keadaan pandemik sekarang.



Justeru penting bagi warga merebut peluang belajar agama yang kini banyak dikendalikan dalam talian.



Antara pusat pendidikan swasta yang menganjurkan kelas agama dalam talian bagi kanak-kanak sehinggalah pelajar dewasa adalah pusat pendidikan Andalus.



Menjelaskan, Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed, berkata sebagai seorang Muslim, kita perlu tahu matlamat mengikuti kelas agama sedemikian.



"Tujuan kita adalah mencari keredaan Allah swt dan meraih ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.



"Kalau seseorang belajar agama untuk kemaslahatannya di dunia dan di akhirat, beliau akan lebih bersemangat belajar agama" ujarnya.



Ustaz Fathurrahman berkongsi demikian dalam satu program Facebook Live yang dianjurkan Berita Harian (BH) dengan kerjasama pusat pendidikan Andalus.



Berjudul Kelas Agama Virtual Lebih Muda Capai Keseimbangan, Facebook Live itu membincangkan pembelajaran agama yang memanfaatkan pelbagai wadah yang terdapat masa kini.



Dua lagi panelis turut diundang dan ini termasuk Ustazah A'ishah Ismail, yang merupakan Pengarah Eksekutif Cordova serta personaliti, Didicazli Ismail.



Facebook Live ini telah dihoskan koresponden BH, Shahida Sarhid dan wartawan berbilang media, Hans Ashrie.



Meskipun tidak dinafikan bahawa pembelajaran secara fizikal itu penting seperti berhadapan dengan guru tetapi dengan keadaan pandemik hari ini, seseorang itu boleh memanfaatkan penggunaan teknologi untuk tetap mencapai matlamat tersebut.



"Ada banyak platform dalam talian yang memudahkan kita mempelajari agama.



"Dengan ini, tidak ada alasan untuk tidak terus mencari keredaan Allah swt," kata Ustazah A'ishah.



Ini juga adalah satu peluang untuk mencuri waktu untuk mempelajari agama walaupun masa agak terhad.



"Jika kita hendakkan sesuatu, kita perlu mempunyai niat yang betul dan yakin kepada Allah swt. Kita perlu usaha untuk mempelajari agama walaupun sibuk dengan kehidupan seharian," ujarnya lagi.



Didicazli, yang dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi terkenal, malah muazin di beberapa masjid, termasuk Masjid Alkaff Kampung Melayu, berkata sejak pandemik ini, beliau turut memanfaatkan aplikasi dan pembelajaran dalam talian bagi meningkatkan ilmu dalam bidang agama.



"Sebelum Covid-19, saya mempelajari agama secara tradisional berhadapan dengan asatizah.



"Sekarang ini saya menggunakan wadah dalam talian untuk meraih ilmu. Walaupun sibuk, saya curi masa, seperti mendengar tafsir sambil memandu," kongsi bapa seorang anak perempuan itu.



Menurut Didicazli, beliau kini belajar bahasa Arab dalam Al-Quran atau Quranic Arabic.



"Ini membuat saya suka dan sayang terhadap ayat-ayat Al-Quran kerana kini lebih memahami maksudnya, " tambah beliau.



Walaupun adanya wadah dalam talian, ada yang mempersoalkan sama ada barakahnya sama ataupun tidak berbanding dengan pelajaran fizikal.



Menerangkan, Ustaz Fathurrahman berkata: "Adakah pahala dia lebih? Itu adalah antaranya dengan Allah swt. Yang penting seseorang itu ada niat belajar agama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >