Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Penciptaan cap jari tanda kebesaran Allah

Oct 18, 2020 | 05:30 AM



SEGALA kejadian, termasuk kematian dan kebangkitan manusia, amat mudah dilakukan Allah Yang Maha Agung dengan kuasa-Nya.



Jika Allah swt berkendak ke atas sesuatu, maka semuanya tidak mustahil. Banyak penciptaan-Nya boleh dilihat dengan mata kasar manusia sendiri, termasuk penciptaan alam, manusia, dan haiwan.



Sejelasnya, manusia dicipta dengan pelbagai keunikan tersendiri, termasuk penciptaan cap jari yang berbeza-beza bentuk.



Dari segi istilah, cap jari merujuk kepada corak permukaan kulit pada jari manusia yang turut merangkumi corak pada tapak tangan.



PENCIPTAAN CAP JARI



Bermula dari zaman Nabi Adam as, kita tidak dapat bayangkan betapa banyaknya cap jari khas yang telah dicipta dan disusun oleh Allah swt.



Dengan kekuasaan Allah swt, penciptaan cap jari yang berlainan rupa ini akan terus bertambah, iaitu manusia akan terus dilahirkan dengan cap jari berbeza hingga ke hari kiamat.



Jelaslah, ini salah satu keunikan yang memperlihatkan kekuasaan Allah swt yang tidak mempunyai sebarang batasan.



Cap jari dicipta dalam bentuk mudah dilihat dan jelas pada pandangan manusia. Oleh itu, manusia dapat memahami penciptaan ini dengan lebih baik.



CAP JARI BERLAINAN



Setiap manusia diciptakan dengan keistimewaan masing-masing yang tidak sama. Dalam hal ini, penciptaan cap jari membawa maksud sungguh istimewa.



Setiap insan yang bergelar manusia pasti memiliki satu set cap jari yang tidak sama.



Selari dengan teknologi semasa, cap jari digunakan sebagai satu bukti pengenalan diri yang penting kepada seseorang individu.



Dengan perbezaan yang dimiliki, setiap individu menerima satu bentuk identiti yang eksklusif buat pemiliknya.



Selain itu, cap jari terkenal dengan penggunaannya untuk pengecaman identiti di seluruh dunia. Yang lebih istimewa, cap jari tidak akan tertanggal atau hilang kerana ia melekat pada permukaan jari kita selama-lamanya.



Sebenarnya, ciri-ciri penting dalam cap jari ini hanya mula terkenal pada abad ke-20. Sebelum itu, manusia tidak menyedari tentang kepentingan cap jari secara spesifik.



BUKTI KEKUASAAN ALLAH



Allah swt telah lama memberi petunjuk tentang penciptaan cap jari dalam Al-Quran. Antaranya ditekankan-Nya dalam Surah Al-Qiyamah:



"Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna." (ayat 3-4)



Pada saat Allah swt menurunkan wahyu yang menerangkan tentang kebangkitan manusia setelah kiamat, ramai pengikut kafir pada waktu itu meragui dan mempersoal kekuasaan Allah swt.



Pada pendapat mereka, tidak mungkin orang yang telah mati dapat dihidupkan kembali setelah hancur segala jasadnya.



Maka, Allah swt menghadirkan jawapan melalui ayat itu untuk menepis persoalan dan keraguan orang kafir.



Berdasarkan ayat di atas, ternyata Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dan mampu menghidupkan kembali manusia lengkap dengan dengan jarinya sekali.



DIHIDUPKAN DALAM KEADAAN SEMPURNA



Sekiranya semua penciptaan Allah swt sama, maka tiada sebarang variasi yang dapat dilihat. Dengan itu, manusia pasti tidak dapat membezakan sesebuah penciptaan tersebut.



Namun, Allah swt Maha Bijaksana dalam mencipta sesuatu. Oleh itu, Allah swt hadirkan ciptaan hebat yang pelbagai. Lantas, manusia diberikan keistimewaan yang lebih banyak daripada makhluk lain Allah swt.



Yang pasti, Allah swt berkuasa mencipta, mematikan dan menghidupkan segala makhluk kembali sebagaimana dikehendaki-Nya.



Tulang jari-jemari manusia adalah tulang paling kecil dalam bahagian tulang manusia. Walaupun kesemua tulang belulang ini akan hancur, Allah swt Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.



Apabila tiba waktunya kelak, Allah swt akan menghidupkan orang yang telah mati dan menyusun semula tulang belulang yang ada pada setiap tubuh manusia dengan sempurna, termasuk jari.



BERFIKIR TENTANG CIPTAAN ALLAH



Masyarakat harus bersama-sama memikirkan tentang kebesaran dan kemuliaan ciptaan Allah swt.



Kita tidak berdaya mengetahui atau memahami rahsia Allah swt sepenuhnya. Namun, Allah swt memberi kita akal fikiran untuk berfikir tentang kebesaran-Nya.



Ini berasaskan firman Allah swt:



"Dan Dialah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi dan kepada-Nya kamu akan dihimpunkan.



"Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu menggunakan akal kamu?" (Surah Al-Mu'minun: 79-80).



Ini menunjukkan semuanya dicipta Allah swt agar manusia berfikir dan manusia boleh memiliki ilmu hasil daripada penelitian yang dilakukannya.



  • Ustaz Mohamad H. Rais lulusan sarjana muda bidang teologi dan falsafah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mantan presiden kanan Mahkamah Syariah.


"Bermula dari zaman Nabi Adam as, kita tidak dapat bayangkan betapa banyaknya cap jari khas yang telah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Dengan kekuasaan Allah swt, penciptaan cap jari yang berlainan rupa ini akan terus bertambah, iaitu manusia akan terus dilahirkan dengan cap jari berbeza hingga ke hari kiamat. Jelaslah, ini merupakan salah satu keunikan yang memperlihatkan kekuasaan Allah swt yang tidak mempunyai sebarang batasan."
- Ustaz Mohamad H. Rais



"Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna."
- Al-Quran, Surah Al-Qiyamah, ayat 3-4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >