Penerimaan muzik kerohanian dalam masyarakat, Berita Hidayah - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah0

Penerimaan muzik kerohanian dalam masyarakat

Muzik lembut, lirik mendidik dan beri keinsafan jadi keutamaan
Oct 14, 2021 | 05:30 AM

SATU ketika dulu, apabila terdapat acara persembahan nyanyian seperti qasidah dan nasyid di pekarangan masjid, hanya instrumen paluan seperti kompang dan rebana dibenarkan.

Namun tahun demi tahun, perubahan sudah terlihat terhadap penerimaan muzik dalam majlis kerohanian baik di sini mahupun di negara-negara jiran. Instrumen seperti gitar, gambus dan keyboard dilihat di majlis-majlis kerohanian yang berserta persembahan nyanyian, lebih-lebih lagi jika acara itu melibatkan golongan belia masjid.

Bahkan bentuk persembahan juga bukan setakat qasidah, tetapi mencakupi irama puisi dan balada kerohanian yang tenang, menyentuh jiwa.

Sejauh mana sebenarnya muzik dibenarkan dalam Islam?

Guru pengajian Al-Quran dan Ketua Pegawai Eksekutif iTaranum, Ustaz Nor Muhammad Ibn Ali yang pernah menghasilkan album nasyid bersama kumpulan Nur Irsyad dan Irsyadee ketika ditanya Berita Harian berkata beliau pernah menggunakan alat muzik genderang, gitar dan synthesizer ketika membuat persembahan nasyid.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ustaz Nor Muhammad, yang pernah beberapa kali mewakili Singapura dalam Majlis Tilawah Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, berkata:

"Muzik mempunyai peranan yang tersendiri dalam membentuk budaya sesebuah masyarakat dan generasi muda masa kini.

"Islam juga tidak melarang muzik selagi ia membawa mesej-mesej yang positif. Dengan itu muzik harus dimanfaatkan dengan menghasilkan muzik dengan senikata yang dapat mendidik jiwa dan membentuk masyarakat ke arah kemajuan diri."

Dalam Islam, ada dua pandangan terhadap muzik. Ada ulama yang membolehkan dan ada pula yang melarangnya.

Perbezaan ini muncul lantaran Al-Quran tidak membolehkan mahupun melarangnya.

Imam Syaukani dalam kitabnya, Nailul Authar, menyatakan para ulama berselisih pendapat tentang hukum menyanyi dan alat muzik.

Imam Malik pernah berpendapat bahawa hanya orang yang fasik yang terlibat dengan aktiviti nyanyian dan juga muzik.

Ibnu Taimiyah berkata mendengar muzik boleh mendatangkan mudarat kepada pegangan agama seseorang.

Imam Nawawi pula menyatakan nyanyian tidak dibolehkan berdasarkan kesepakatan ulama mengenai upah yang diterima oleh penyanyi hasil daripada kerja menyanyinya itu.

Para ulama Hanafiyah menyatakan, nyanyian yang diharamkan adalah nyanyian yang mengandungi kata-kata tidak baik, kasar, lucah dan sejenisnya. Sedangkan, yang dibolehkan adalah yang memuji keindahan bunga, air terjun, gunung, pemandangan alam, dan memuji kebesaran Allah swt.

Abu Mansyur al-Baghdadi (dari Mazhab Syafi'i) menyatakan, Abdullah bin Ja'far berpendapat bahawa menyanyi dan muzik itu tidak menjadi masalah.

Bahkan, beliau sendiri pernah menciptakan sebuah lagu untuk dinyanyikan para pelayan (budak) wanita (jawari) dengan alat muzik, seperti rebab. Peristiwa ini terjadi di masa Khalifah Ali bin Abi Thalib ra.

Ulama terkemuka Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya, Al-Halaal wal Haraam fil Islam, memperbolehkan muzik dengan sejumlah syarat.

Seorang lagi pendakwah bebas Singapura yang pernah menghasilkan album muzik kerohanian, Ustaz Sofyan Abi Shauqy, pula berkata beliau pernah menggunakan instrumen seperti gitar, gambus, keyboard, piano, seruling, biola dan alat genderang.

Beliau akui para ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum muzik di dalam Islam.

"Ada ulama yang membenarkan (menghalalkan) dengan dalil-dalil dan sandaran-sandaran mereka.

"Ada juga ulama yang melarang (mengharamkan) juga dengan dalil-dalil dan sandaran-sandaran mereka.

"Kita sebagai orang awam mempunyai pilihan untuk ikut pendapat yang mana satu.

"Secara peribadi, saya memilih untuk mengikuti ulama yang membenarkannya," kata Ustaz Sofyan, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengendalikan laman Facebook Alunan Qalby Abi Shauqy yang memberi fokus kepada irama-irama kerohanian, antaranya 'Burdah LIVE: Bait Rindu Buat Kekasihku' yang menghimpunkan alunan bait-bait cinta untuk Baginda Rasulullah saw .

Mengutip penerangan Imam Syafi'i yang pernah berkata, sepanjang pengetahuannya, tidak ada seorang pun dari ulama Hijaz yang benci mendengar nyanyian atau suara alat-alat muzik, kecuali apabila di dalamnya mengandung hal-hal yang dilarang oleh syarak.

Bahkan, dalam tamadun sekarang, umat Islam mampu mencapai kemajuan dalam bidang seni muzik dan menjadikannya sebagai sumber mencari nafkah.

Ulama di negara serantau juga ramai menilai muzik sebagai wadah yang baik jika ditinjau dari segi kehidupan sosial masyarakat ataupun kehidupan beragama.

Ulama Indonesia, Profesor KH Didin Hafidhudin, pernah dipetik dalam laman Muslim Digest sebagai berkata bahawa kesenian, termasuk seni muzik, merupakan keperluan yang sesuai dengan fitrah manusia.

''Islam itu adalah agama yang menghargai fitrah manusia. Kerana itu, sah untuk dikembangkannya.''


MUTIARA KATA ULAMA MENGENAI NILAI KEMANUSIAAN

“Banyak orang yang telah meninggal, tapi nama baik mereka tetap kekal. Dan banyak orang yang masih hidup, tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna.” (Imam Syafi’i)

“Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih atas kesempatan beramal yang engkau lewatkan dan tidak adanya penyesalan atas pelanggaran yang engkau lakukan.” (Ibnu Athaillah)

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map