Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pengajaran daripada 'madrasah Ramadan'

May 05, 2023 | 05:30 AM



SEMUA ibadah yang dilakukan dalam Ramadan dapat membantu seseorang Muslim memperkukuh iman dan akhlak dan menekankan kepentingan ilmu untuk menyempurnakan pelaksanaannya.



"Pertama sekali, untuk menjadi orang yang mantap imannya dan bertakwa, seseorang itu mestilah mendekatkan diri kepada Allah," jelas Ustaz Sallim Jasman, mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.



"Kalau nak mendekatkan diri kepada Allah, kita mestilah menjalankan segala yang diperintahkan, terutama solat lima waktu."



Di samping itu, seorang Muslim itu juga mestikan mendekatkan diri dengan masyarakat iaitu hamba-hamba Allah.



"Jadi, kepada Allah kita berbuat baik, pada masyarakat pun kita berbuat baik... hablum minallah dan hablum minannas.



"Jika kita dekatkan diri kita kepada Allah, kita dapat kasih sayang dan rahmat Allah. Kalau kita berbuat baik dengan masyarakat, masyarakat akan suka kita, kita ramah, kita mudah diajak berkawan dan mudah bersahabat.



"Kalau kita sombong pada masyarakat, masyarakat akan menjauhkan diri daripada kita... sombong ini tidak sepatutnya kita lakukan kerana sombong bukan milik kita, itu milik Allah swt," kata Ustaz Sallim.



Beliau menambah, yang kedua dan paling penting adalah seseorang itu mesti menuntut ilmu.



Menurutnya, dengan ilmu, seseorang itu diingatkan mengenai kebaikan yang patut dia lakukan sepanjang hidupnya dan keburukan yang sepatutnya dia tinggalkan.



"Sudah dijanjikan Allah bahawa orang yang berbuat baik akan dibalas dengan baik dan hidupnya di dunia dalam keadaan yang baik.



"Manakala orang yang berbuat jahat atau perkara yang mungkar, walaupun tidak dibalas secara spontan, hidupnya akan berasa pincanglah kerana dia tidak mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt," ujar Ustaz Sallim.



Oleh sebab itu, beliau menekankan bahawa peranan ilmu amat penting kerana ia menerangkan kepada manusia akan kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan.



Ini, katanya, sesuai dengan pandangan Nabi saw yang bersabda: "Siapa yang mengharapkan (kebahagiaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang mengharapkan (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang mengehendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu." (HR Bukhari dan Muslim).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >