Peranan ibadah dalam pembinaan jati diri dan masyarakat, Berita Hidayah - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah0

Peranan ibadah dalam pembinaan jati diri dan masyarakat

Aug 29, 2021 | 05:30 AM

MENCARI erti kehidupan adalah antara soalan asas bagi manusia dalam mengharungi hari-harinya. Pelbagai pandangan dan teori telah dikemukakan untuk menjawab soalan yang menghantui jiwa manusia yang sedang mencari kebenaran yang hakiki. Bagi umat Islam, Al-Quran telah pun memberitahu manusia tentang tujuan kehidupan duniawi iaitu pengabdian pada Tuhan yang Esa melalui ibadah seperti yang ditetapkan Allah swt dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

"Tidak aku menjadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah denganku".

Menurut ahli tafsir, Ibadah mempunyai pelbagai maksud berdasarkan penggunaannya di dalam Al-Quran iaitu (i) menyembah, (ii) mentaati dan (iii) memanjatkan doa kepada Allah swt dan hanya meminta pertolongan daripada-Nya.

Secara dasarnya, ia merujuk kepada amalan-amalan khusus yang didirikan khas untuk Allah swt seperti solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji dan umrah.

Amalan-amalan tersebut mempunyai kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan syariah, dan harus dilaksanakan oleh setiap Muslim dengan seikhlas hati serta landasan syariatnya dipatuhi dan dijaga. Ibadah juga memerlukan ilmu dan amal kerana ia adalah manifestasi kepercayaan di hati dalam bentuk perbuatan atau percakapan, namun ilmu lebih diperlukan kerana hanya dengan ilmu yang benar akan pelaksanaan dan pengamalannya menjadi lebih sempurna.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tiada apa yang diutuskan Allah swt itu sia-sia, kerana setiap perkara mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ibadah mempunyai hikmahnya, sebahagian dapat difahami oleh manusia, dan sebahagian yang lain hanya menjadi rahsia Ilahi.

Seharusnya kepelbagaian ibadah dalam Islam tidak harus dilihat sebagai sesuatu bebanan, seperti mana yang dibicarakan Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat ke-enam bahawasanya Allah swt tidak menginginkan umat Islam melakukan ibadah yang membebankan lagi merumitkan, bahkan sebaliknya:

"Allah tidak berkehendak untuk menyulitkan kamu, sebaliknya dia berkehendak untuk membersihkan kamu serta menyempurnakan nikmatnya ke atasmu semoga kamu bersyukur''.

Ternyata, banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada ibadah khusus yang disyariatkan Islam. Kesannya bukan hanya dapat membentuk baik jati diri seorang Muslim, ia juga berkesan dalam memupuk sebuah masyarakat yang harmonis. Sebagai contoh, solat fardu dapat memupuk disiplin dan kepekaan tentang masa dalam seseorang, dan jika dilakukan secara berjamaah ia dapat mengeratkan silaturahim sesama Muslim dan mengajar tentang kesamarataan antara manusia dalam urusan kerohanian. Memberi zakat pula dapat membersihkan jiwa dari sifat tamak dan kedekut, dan mengajar manusia untuk mengambil peduli tentang keadaan sekelilingnya.

Ibadah juga bukan hanya terhad pada amalan-amalan kerohanian yang berlaku di atas tikar sembahyang atau di persekitaran masjid.

Bahkan setiap perbuatan dan percakapan yang dilakukan seorang Muslim atas tujuan mencari reda Tuhan dan rahmat-Nya serta membawa kebaikan pada semua dapat dikira sebagai ibadah.

Mencari rezeki buat keluarga, melaksanakan tanggungjawab pekerjaan, membantu meringankan beban dan menjaminkan keamanan adalah antara perbuatan lazim manusia yang boleh dilihat sebagai ibadah yang umum. Seharusnya identiti Islam seseorang tidak dilucutkan apabila ia melakukan perbuatan luar keagamaan kerana ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Hanya dengan cara ini kesan ibadah khusus itu dapat diterapkan dalam jati diri seorang yang bergelar Muslim.

Namun manusia juga diberi tugas yang penting dalam menjalani kehidupan duniawi - menjadi khalifah di muka bumi. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 30 yang bermaksud:

"(Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat, 'Sesungguhnya aku akan menjadikan di bumi, khalifah".

Para ulama tafsir menerjemahkan konsep khalifah sebagai perwakilan Tuhan dalam melaksanakan hukum dan menegakkan keadilan di kalangan makhluk-makhluknya di dunia ini bermula dengan Nabi Adam as dan berlangsung kepada sesiapa yang meneruskan ajarannya dalam mempercayai dan mentaati Tuhan yang Esa.

Tentunya tanggungjawab ini berat untuk dipikul manusia tetapi Allah swt tidak membiarkan hambanya mengharungi amanah ini tanpa bantuan dari-Nya. Dengan berbekalkan akal fikiran dan bimbingan daripada Al-Quran dan ajaran yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w., umat Islam berkemampuan melaksanakan tugas mulia ini.

Justeru itu, umat Islam diseru untuk menghayati pengertian sebenar sebuah ibadah dan memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain dengan memahami keperluan masyarakat dan bekerjasama dalam menunaikan keperluan tersebut. Melalui penghayatan dalam beribadah seorang Muslim dapat menjadi seorang khalifah yang cemerlang. Semoga setiap ibadah yang dilakukan dalam apa jua bentuknya tidak sia-sia dan mendapat sebaik ganjaran dari Allah swt.


  • Penulis berkelulusan bidang perbandingan agama dan Usuluddin daripada UIAM. Beliau juga adalah tenaga pengajar madrasah mingguan di beberapa masjid tempatan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map