Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Peranan Muslim dalam pelihara alam

Mar 06, 2020 | 05:30 AM



"PANASNYA!"



Setibanya di pejabat, dengan pantas pendingin hawa diselaraskan ke paras yang rendah.



Seringkali kita mengadu akan cuaca panas kebelakangan ini tidak kira siang mahupun malam.



Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini cuaca terasa lebih panas daripada kebiasaannya.



Sejak pertengahan abad ke-19 kepanasan bumi naik sebanyak 0.9 darjah Celsius dan suhu bumi dijangka akan terus meningkat.



Mengikut kajian, pemanasan bumi terjadi disebabkan aktiviti manusia yang membakar bahan kayu api untuk menghasilkan tenaga, kadar karbon dioksida yang tinggi dan pembakaran hutan.



Ini turut mengancam kawasan Antartika yang semakin cair lembaran aisnya serta hidupan lain yang menghuninya.



Jika kita lihat pula di lautan, sampah yang dibuang ke laut mencemar ikan dan terumbu karang.



Realiti ini membenarkan lagi firman Allah swt.:



"Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."



[Surah al-Rum: 41]



MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEROSAKAN



Maha Suci Allah swt yang telah menciptakan bumi dengan segala keindahan flora dan fauna serba sempurna untuk didiami manusia dan segenap ciptaan yang lain.



Manusia yang dikurniakan akal dan diangkat Allah sebagai 'ahsanu taqwim' (sebaik-sebaik ciptaan) merupakan satu-satunya ciptaan Allah yang diberi amanah untuk memelihara dan melestarikan alam ini.



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." [Surah Al-Baqarah, ayat 30]



Umat manusia memikul tanggungjawab menjaga keamanan bumi dan melindunginya daripada sebarang bentuk kerosakan. Sebagai khalifah di bumi, kita bukan sahaja dianjurkan untuk menyebar kebaikan sesama manusia.



Bahkan tugas khalifah ini meliputi segenap ciptaan.



"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." [Surah al-Anbiyaa': 107]



MENYANTUNI HAIWAN, HIDUPAN ALAM



Menyantuni haiwan, tanam-tanaman dan alam sekitar adalah suatu kemestian yang mencerminkan ketakwaan seorang hamba Allah.



Selain daripada tuntutan agama, kesedaran dalam diri perlu disuburi dengan memandang alam dan segala sumbernya sebagai nikmat yang tidak harus disia-siakan.



Bumi yang kaya dengan sumber alam merupakan kurniaan Allah swt yang tiada gantinya.



Oleh itu, berlebih-lebihan dalam mendapatkan hasil daripada sumber alam telah menyebabkan manusia dikuasai dengan rasa tamak dan tidak memikirkan akibatnya.



Ia sekali gus mencerminkan sifat ketidakadilan manusia terhadap nikmat kurniaan Allah swt.



"Dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya.. Tidaklah Kami ciptakan keduanya melainkan dengan haq (benar), tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."



[Surah al-Dukhan: 38-39]



Sungguh menyedihkan melihat lautan yang asalnya jernih dengan warna warni hidupan laut kini tercemar menyebabkan mereka terancam disebabkan tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.



Udara yang asalnya bersih dan subur tercemar dengan bahan-bahan kimia dan gas yang dihasilkan syarikat perindustrian.



Projek demi projek pembinaan pula memaksa penebangan hutan dilaksanakan.



Usah disalahkan kilang penghasilan produk.



Permintaan kita yang tidak putus-putus ini jugalah yang mendorong mereka untuk terus menghasilkannya.



Setiap ciptaan merupakan anugerah Allah yang mempunyai tujuannya.



Alam ini diciptakan untuk manusia manfaatkan dengan sebaiknya dan bukan mengeksploitasi sumber yang ada tanpa memikirkan akibatnya.



Sebagaimana ianya diciptakan lalu 'dipinjamkan' kepada kita, seharusnya kita 'pulangkan' juga dengan keadaan baik setelah kita meninggalkan dunia.



Kita tidak ingin mewariskan bumi yang tenat kepada generasi selepas kita.



Haruslah kita fikirkan apakah nasib hidupan lain dan bumi yang semacam mana yang ingin kita wariskan kepada generasi akan datang.



"Sesungguhnya dunia itu manis dan menghijau, dan sesungguhnya Allah melantik kamu sebagai khalifah di atasnya." (Hadis Sahih Muslim)



UBAH GAYA HIDUP



Kita boleh mengubah gaya hidup agar lebih sedar akan penggunaan harian kita seperti mengelakkan pembaziran elektrik, air, menggunakan beg atau bekas yang boleh diguna semula dan jangan membuang sampah sembarangan.



Menelusuri sirah Baginda kita Nabi Muhammad saw dapat kita contohi sebuah gaya hidup yang penuh kesederhanaan dan ihsan.



Seorang Muslim yang sedar akan peranannya di bumi ini melihat semua aspek kehidupannya dengan kaca mata tauhid.



Setiap langkahnya diambil kira sebagai amalan yang membawa manfaat dan membantunya di akhirat.



Oleh itu, seorang hamba yang bertakwa mengutamakan hubungannya dengan Pencipta dan pada masa yang sama menitikberatkan hubungannya sesama manusia bahkan hubungan dengan alam juga dititikberatkan. Alam inilah yang akan menjadi saksi atas segala amalan kita yang kelak akan dipersoalkan.




BIODATA



- Penulis berusia 26 tahun merupakan pegawai eksekutif (jabatan akademik) di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.



PENDIDIKAN



- Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah hingga prauniversiti di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.



- Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan pengkhususan Usuluddin dan Perbandingan Agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >