ISLAM menetapkan suatu dasar yang penting mengenai kedudukan lelaki dan wanita. Kedua-duanya sama di sisi Tuhan dari segi darjat dan martabat. Ini bererti dari segi potensi beramal dan pahala, Islam tidak pernah membezakan antara dua jantina itu. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisaa', ayat 1, yang menegaskan kesamaan kedua-duanya di sisi Tuhan. Lelaki dan wanita berasal daripada nyawa yang satu, bahkan kemanusiaan itu lahir dengan kewujudan mereka bersama.
Pada zaman ini, dengan peningkatan taraf kehidupan daripada pelbagai aspek, lelaki dan wanita semakin mempunyai peluang dan kesempatan sama dalam mengejar impian dan menggilap kemampuan masing-masing.