Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Perihal dosa

Panel asatizah dalam rancangan bual bicara Persatuan Muhammadiyah bincang cara dosa dihitung dan kesan atas diri sendiri, orang lain
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



BERBUAT kesalahan yang jelas menimbulkan dosa, biasa mengundang rasa malu kepada pelakunya.



Namun, di era media sosial yang mana banyak mendedahkan perlakuan yang dianggap tidak baik seperti menghantar siaran dengan kata-kata kesat, memberi komen yang menjatuhkan orang, bermaksiat dan sebagainya - perlakuan yang dilihat berdosa ini seperti dipandang mudah. Lebih membimbangkan, ada yang secara terang-terangan berbangga melakukannya.



Inilah antara yang dibincangkan dalam rakaman video Persatuan Muhammadiyah, membicarakan tentang dosa.



Rancangan bual bicara yang diterajui pegawai dakwah badan itu, Ustaz Khairul Abdullah Kamal dan Ustaz Muhammad Hafiz Zainul, menampilkan tetamu, Ustaz Azri Azman, presiden persatuan tersebut.



Rakaman video #TMJS tiga bahagian yang boleh diikuti di YouTube, setiap satu berdurasi sekitar 20 minit, masing-masing membawa tajuk "Bagaimana dosa dihitung", "Sibuk dengan dosa orang lain" dan "Kesan Dosa terhadap diri sendiri."



HANYA URUSAN DIRI DAN TUHAN?



Dalam pembukaan perbincangan, Ustaz Muhammad Hafiz menarik perhatian mengenai dosa-dosa yang secara tidak sedar dilakukan setiap hari, terutama ketika menggunakan media sosial.



Ini termasuk meninggalkan komen- komen yang menyakitkan hati atau kata- kata yang cepat menghukum terutama bagi siaran-siaran yang sedang tular dan panas diperkatakan. Hilang adab dalam berkomunikasi, kata beliau.



Bagi sesetengah orang, kata beliau, mungkin dosa seperti ini dianggap kecil atau mempunyai pendirian tentang dosa iaitu "itu urusan antara dia dengan Tuhan,"



Ustaz Azri, berkelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Tripoli, Libya, memberikan takrif dosa berkata, pengertian dosa adalah perbuatan yang melanggar hukum Tuhan ataupun agama, atau definisi lain melanggar prinsip moral dan melanggar aturan-aturan Islam.



Beliau kemudian merujuk kepada hadis Nabi Muhammad saw:



"Kebaikan adalah dengan bagusnya akhlak. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan jiwamu dan kamu benci ia dilihat manusia." (HR Muslim).



Ustaz Azri menambah: "Dosa terbagi kepada dua - dosa besar dan dosa kecil.



"Dosa besar seperti yang diterangkan dalam Al-Quran antaranya seperti syirik dan sekutukan Allah, ada pula ketika membunuh jiwa yang diharamkan Allah swt, makan harta anak yatim dan berbuat zina.



"Dosa kecil biasanya adalah perlakuan tak baik, seperti kita melihat maksiat. Kalau dosa besar ada impak besar. Dosa kecil, jika sudah jadi kebiasaan sehingga kita enak lakukannya, lama-lama ia berkumpul dan menjadi besar dan akan memberi impak kepada amalan kita," tambah beliau.



BAGAIMANA DOSA DINILAI



Ustaz Azri berkata adalah penting untuk seseorang mengetahui bagaimana dosa kita dinilai oleh Allah swt, lantaran beliau memetik hadis Nabi daripada Imam Muslim ra:



"Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejahatan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejahatan tersebut, maka catatlah satu kejahatan yang semisal. Jika ia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal hingga 700 kali lipat."



Berdasarkan hadis ini, kata Ustaz Azri, jelas lebih mudah manusia mengumpulkan pahala kerana catatan yang digandakan, namun tetap ada yang dihumbankan ke neraka kerana dosa yang dikumpulkan melebihi kebaikan yang diamalkan.



"Untuk menghilangkan dosa, kata beliau, perlu ada kesedaran tentang kesalahan itu.



"Kesedaran mainkan peranan. Ada dosa terkait dengan ketagihan dan ini melihatkan isu kesihatan juga dan ia perlukan proses pemulihan," tambah beliau.



Ustaz Khairul pula menyarankan agar insan menyibukkan diri dengan benda-benda berfaedah untuk menghindari dosa.



IMPAK DOSA KEPADA ORANG LAIN



Menjawab soalan Ustaz Khairul tentang hikmah dosa, Ustaz Azri berkata apabila orang Islam menyedari dosa yang dilakukan, itu tandanya dia beriman.



"Apabila kita tahu kita telah menyebabkan kemurkaan Allah, kita perlu sedar dan cuba bertaubat. Belajar daripada kesilapan kerana ada dosa sebenarnya merosakkan diri sendiri," kata beliau.



Namun, Ustaz Azri juga mengingatkan tentang dosa yang biasanya memberi kesan kepada pihak lain.



Antaranya seperti orang mabuk, yang perbuatannya boleh membahayakan orang lain atau menyakitkan hati orang.



Bahkan banyak dosa yang memberi impak kepada orang lain juga boleh mencapai tahap jenayah yang juga boleh dihukum dengan undang-undang sivil.



HANYA CARI SALAH ORANG



Ustaz Azri juga menegur sikap orang yang mudah memberi fokus kepada kesalahan orang lain, menjatuhkan hukum sehingga menimbulkan perbalahan.



Beliau memetik surah Al-Hujuraat, ayat 12 yang bermaksud:



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujuraat 49:12) |



PERLU ADA SIFAT RAHMAH



Mengulas ayat ini, Ustaz Azri berkata, manusia patut ada sifat rahmah, bukan cepat menjatuhkan orang, perbuatan yang bertentangan dengan Islam.



Berkata Al-Imam Abu Hatim Muhammad Ibnu Hibban rahimahullah:



"Wajib bagi orang yang berakal untuk senantiasa menetapi (mencari) keselamatan dirinya, dengan meninggalkan perbuatan tajassus (mencari-cari aib orang lain). Hendaklah ia senantiasa sibuk memerbaiki aibnya sendiri.



"Kerana sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan aibnya sendiri dan melupakan aib orang lain, maka hatinya akan menjadi tenteram dan tidak akan merasa lelah.



"Maka setiap kali dia melihat aib yang ada pada dirinya, dia akan berasa ringan, tatkala melihat aib yang serupa ada pada saudaranya.



"Sementara orang yang senantiasa sibuk dengan mencari aib orang lain dan melupakan aibnya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih, dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya." (Raudhatul 'Uqala Wa Nuzhatul Fudhala' hal. 131).



Ustaz Azri berkata mereka yang telah menyedari dosa mereka, perlu segera bertaubat, kerana Allah dalam Al-Quran banyak menyeru hambanya agar bertaubat, tidak kira sama ada kerana dosa itu kecil atau besar.



Beliau bahkan mengingatkan sifat Nabi Muhammad saw yang maksum, tetapi tetap memohon keampunan daripada Allah swt, seperti hadis:



"Daripada Abu Hurairah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Demi Allah, sesunguhnya aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih 70 kali dalam sehari." (HR Bukhari).



Ustaz Azri juga mengingatkan agar manusia tidak berputus asa terhadap rahmat Allah swt yang bersifat Maha Pengampun dan Maha Penyayang.




DOSA KECIL DAN DOSA BESAR



"Dosa terbagi kepada dua - dosa besar dan dosa kecil.



Dosa besar seperti yang diterangkan dalam Al-Quran antaranya seperti syirik dan sekutukan Allah, ada pula ketika membunuh jiwa yang diharamkan Allah swt, makan harta anak yatim dan berbuat zina.



Dosa kecil biasanya adalah perlakuan tak baik, seperti kita melihat maksiat. Kalau dosa besar ada impak besar. Dosa kecil, jika sudah jadi kebiasaan sehingga kita enak lakukannya, lama-lama ia berkumpul dan menjadi besar dan akan memberi impak kepada amalan kita."



- Ustaz Azri Azman, Presiden Persatuan Muhammadiyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >