Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Peristiwa Israk Mikraj peringati cara Rasulullah berdakwah

Mar 29, 2019 | 05:30 AM



PERISTIWA Israk Mikraj tidak pernah terjadi kepada Rasul atau Nabi sebelumnya.



Hanya Nabi Muhammad saw sahaja yang diberikan keistimewaan dan dijemput oleh Allah sebagai tetamu terhormat untuk melakukannya - menunjukkan bahawa betapa tingginya penghargaan Allah kepada Nabi Muhammad saw.



Ustazah Khadijah Suri berkata Rasulullah diangkat secara sedar dan fizikal menuju Masjid Al-Aqsa dari Masjidil Haram dan kemudiannya naik ke langit.



"Peristiwa 27 Rejab ini juga mengingatkan kita cabaran Rasulullah hadapi ketika berdakwah pada masa itu. Orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda setelah Baginda menceritakan apa yang terjadi padanya kepada masyarakat umum.



"Dengan memperingati peristiwa ini, kita dapat mengikuti contoh sikap Rasulullah dalam menjalankan dakwahnya. Rasulullah tetap optimis dan positif meskipun beliau kehilangan pak ciknya yang selama ini membantunya dalam berdakwah dan kehilangan isterinya tercinta Sayidatina Siti Khadijah tiga hari selepas itu.



"Walaupun menghadapi tentangan yang luar biasa, Rasulullah tidak stres atau tertekan.Baginda tetap kuat dan tabah. Sikap sebeginilah yang patut kita contohi,'' ujar Ustazah Khadijah.



PENGAJARAN SEMASA



Terdapat pelbagai pengajaran yang boleh kita ambil semasa peristiwa Israk dan Mikraj yang sememangnya memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah swt dan takut akan kekuasaan-Nya kerana peristiwa Israk dan Mikraj ini menunjukkan bukti kekuasaan dan kebesaran kepada Baginda.



Di samping itu, Rasulullah berjumpa bermacam-macam bentuk perihal manusia semasa perjalanan tersebut. Di antaranya, Rasulullah berjumpa tempat yang berbau harum.



Rasulullah diberitahu oleh Malaikat Jibril:



 "Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah  (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan)."



Rasulullah juga bertemu lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.



Kata Malaikat Jibril: "Itulah orang yang makan riba."



Ustazah Khadijah berkata:



"Semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita dan menjadi umat yang lebih baik dengan memperingati peristiwa Israk Mikraj ini."



KEKAL RELEVAN KEPADA UMAT ISLAM



Peristiwa Israk Mikraj membuktikan kekuasaan Allah yang tidak dapat dibatasi oleh ruang dan waktu.



"Jika kita menghayati peristiwa Israk, ia berbentuk perjalanan horizontal; dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa atau boleh kita namakan sebagai 'Hijrah' ertinya berpindah,' ujar Ustazah Khadijah.



"Dalam kehidupan, kita perlu menghadapi perjalanan dengan mencari perubahan ke arah yang lebih baik iaitu berpindah untuk menuju ke arah kebaikan.



"Manakala jika kita menghayati peristiwa Mikraj, ia merupakan perjalanan vertikal; dari bumi ke Sidratul Muntaha.



"Ibadah solat lima waktu sehari diperintahkan kepada umat Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Solat merupakan alat kenderaan untuk melakukan perjalanan vertikal menuju Allah swt.



"Maka peristiwa Israk Mikraj kekal relevan kepada umat Islam kerana untuk menuju kualiti kehidupan yang lebih baik, kita perlu berhijrah, berpindah dan melakukan perjalanan dengan alat kenderaan iaitu ibadah solat,'' ujar Ustazah lagi.



DALIL AL-QURAN



Dalam Surah Al-Israk, ayat 1, Allah swt berfirman:



"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".



Ini jelas menunjukkan bahawa kekuasaan Allah swt yang telah menjadikan perjalanan Nabi Muhammad saw berlaku dalam satu malam, kata Ustazah Khadijah.



"Secara am, tentu kejadian ini tidak dapat diterima secara akal manusia dengan melihat jarak Makkah-Masjid Al-Aqsa yang sangat jauh. Apatah lagi perjalanan tersebut dilanjutkan ke Sidratul Muntaha. Maha Suci Allah, perjalanan yang sungguh menakjubkan yang menunjukkan kebesaran-Nya di mana ia hanya berlaku dalam satu malam sahaja,'' tambah Ustazah Khadijah.




BIODATA



- Ustazah Khadijah Suri merupakan Pegawai Eksekutif, Kebajikan & Keahlian, Pergas.



- Beliau yang berusia 32 tahun merupakan mantan pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah sehingga prauniversiti 2 dengan mengambil peperiksaan GCE peringkat A.



- Sementara di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Johor, beliau memperolehi Diploma Syariah Islamiah manakala di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia, memperolehi Sarjana Muda Syariah Islamiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >