Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Perjalanan ke Muntaha istimewa untuk Nabi

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



MASA adalah sesuatu yang sangat berharga dan sangat merugikan.



Ia sangat berharga bagi orang yang pandai menggunakannya. Ia merugikan bagi orang yang tidak menggunakannya dengan baik dan tidak dapat mengawalnya untuk membawanya ke jalan yang baik, sebaliknya ia tewas oleh masa.



Justeru Allah menjatuhkan sumpah-Nya atas masa, seperti yang difirmankan-Nya dalam surah Wal Asri.



Masa tidak akan berhenti melewati manusia dan manusia terpaksa mengejarnya dan hanyut bersamanya. Apabila ia bergembira, ia tidak terasa perjalanan masa. Tetapi apabila ia diselubungi oleh kesengsaraan dan kecelakaan dia merasa masa sangat perlahan dilaluinya dan ia terseksa dengan perjalanannya yang lambat itu.



Bagi saya masa itu berjalan dengan sangat cepat. Kita benar-benar tidak terasa bahawa sekarang sudah berada di tahun 1442. Saya rasa baru semalam saya meninggalkan tahun lalu.



Lantaran itu saya tidak terasa bahawa saya sekarang berada di bulan ke tujuh Hijrah, iaitu bulan Rejab.



Bagi saya bulan ini dikenali sebagai bulan persiapan untuk menghadapi bulan yang lebih mulia, iaitu bulan Ramadan. Bagi saya juga bulan ini mengingatkan saya dengan peristiwa yang luar biasa, iaitu peristiwa Israk Mikraj.



Pendapat yang masyhur ialah pendapat yang menetapkan bahawa berlakunya peristiwa ini ialah dalam bulan ini, iaitu malam 27 Rejab, bertepatan dengan tahun ke-10 kebangkitan Rasulullah saw sebagai seorang Nabi untuk umat yang baginda diwajibkan mengembangkan agama Islam.



ERTI ISRAK



Israk bermakna Allah memperjalankan rasul-Nya waktu malam dari Makkah ke Baitulmakdis.



Baginda diperjalankan, bukan berjalan dengan sendirinya dan bukan berjalan malam itu dengan ikhtiarnya. Tetapi baginda dibawa-Nya berjalan malam itu.



Perjalanan ini boleh sahaja Allah pindahkan dengan memindahkannya sahaja, secepat yang Allah kehendaki-Nya. Tetapi untuk membawa kekasih-Nya itu Allah menyediakan seorang rakan dari malaikat dan seekor haiwan (buraq) sebagai kenderaannya ke Palestin di mana terletaknya Baitulmakdis.



Tanpa banyak bicara, demi keimanannya kepada Allah, baginda menurut sahaja kehendak Jibrail ke Baitulmakdis.



ERTI MIKRAJ



Mikraj bermakna kenaikan Nabi ke tempat yang tertinggi di dunia ini. Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya bagi Nabi untuk alam rendah dan alam tinggi.



Sebagai seorang kekasih yang inginkan kegembiraan untuk kekasihnya, Allah memujuk rasul-Nya supaya menikmati layanan-Nya yang teristimewa.



Ini demi menghiburkan dukacitanya setelah diduga dengan pemergian pakciknya, Abu Talib, dengan kematian isterinya, Khadijah, dan dengan layanan buruk dari rakyat dan kanak-kanak di Taif.



Kerana inilah Allah sebagai kekasih-Nya ingin menghilangkan kedukaan dan kesedihan Nabi yang banyak diselubungi penderitaan dari awal kewujudannya kedua ini sehingga dipilih sebagai Nabi dan rasul.



Maka dengan Israk dan Mikraj Nabi berpeluang diperlihatkan alam dil uar dunia ke alam ghaib.



Dengan layanan ini, Nabi bertambah yakin bahawa utusan Allah yang dipikulnya itu suatu tugas yang sangat mencabar. Dan baginda dimaklumi bahawa Allah tidak akan membiarkan baginda seorang diri dalam menyelamatkan manusia dibuai maksiat dan dosa ke jalan hidayah - iaitu cahaya yang akan membawa manusia ke tempat yang lebih baik untuk manusia.



TUJUAN MUKJIZAT



Lantaran itu umat Islam sewajibnya berbangga dan bermegah mendapat nikmat yang terbesar dari Allah, iaitu dengan mengutuskan seorang Nabi dan menyertakan bersama mukjizat yang hanya diperolehi oleh Nabi.



Dan ini merupakan khas kepada umat ini dengan mukjizat Israk dan Mikraj.



Firman Allah: "Maha suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjidil Haram ke Masijidil Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami, sesungguhnya Allah jua yang amat mendengar lagi amat mengetahui".



Banyak pelajaran yang dapat dipetik dari ayat ini:



  • Allah memilih Nabi Muhammad saw sebagai hamba-Nya untuk diperjalankan di waktu malam dari Makkah ke Palestin;

  • Allah mensucikan diri-Nya daripada bersifat dengan sifat-sifat makhluk-Nya;

  • tempat perhentian perjalanan ini ialah di tempat yang diberkati, iaitu Masjidil Aqsa;

  • tujuan perjalanan ini ialah supaya Nabi berpeluang melihat lebih banyak tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah sebagai pencipta kepada baginda dan sekelian alam semesta;

  • Allah sangat mendengar terhadap segala-galanya;

  • Allah maha melihat dan mengetahui segala perkara yang akan terjadi kemudian hari dan perkembangan hambanya itu.

Peristiwa Israk ini disebut dalam surah yang ke 17. Kemudian dalam surah ke 23. Surah An Najmi disebut tentang Mikraj.



Dalam surah ini Nabi dapat melihat kebesaran Allah di langit dan sampai ke Sidratil Muntaha di tempat yang hanya baginda sahaja mendatanginya.



Dalam perjalanannya di atas bumi dan di langit banyak perkara yang diperlihatkan kepada Nabi yang menjadi perkara-perkara yang akan berlaku di belakang hari terhadap manusia yang melakukan pelbagai dosa dan yang berkelakuan taat dan balasan Allah terhadap mereka.



Allah berfirman ayat 18 surah An Njmi:



"Sungguh dia (Muhammad) telah melihat sebahagian kebesaran Tuhanya yang besar".



Allah menyatakan bahawa Nabi melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah, keajaiban ciptaan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya untuk menenangkan hati, mempertajam basirah, dan menambah keyakinan.



Selain Allah memperlihatkan keajaibannya di alam ghaib, nabi dipertemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul seperti Adam, Isa, Yahya, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim as.



Sebelmnya Nabi mengimamkan para nabi-nabi dan rasul-rasul di Masjidil Aqsa.



Tujuh lapis langit diredah oleh Nabi bersama Jibrail. Setiap langit ada penjaganya yang menyatakan pintu langit itu hanya dibuka untuk menyambut Nabi Muhammad saw.



Jibrail menjawab apabila ditanya siaapkah yang bersamanya? Jibrail menjawab bersama Muhammad.



Setiap nabi yang berada di setiap lapisan langit itu menyatakan dipersilakan (selamat datang) keapda seorang hamba yng salih, anak yang salih dan nabi yang salih.



Dari sinilah (di langit) Nabi menerima perintah bersembahyang lima waktu sehari.



Kewajipan sembahyang sahaja yang dari langit kerana kehormatannya dan kemuliaannya sedangkan kewajipan puasa, zakat dan haji diwajibkan daripada wahyu Allah semasa Nabi di bumi.



Ini menandakan sembahyang adalah sangat penting atas seorang Muslim. Kerana bila dia mengucap Allahu Akbar, maknanyaka aku yakin bahawa Allah sahaja yang lebih besar dari segala-segalanya dalam dunia ini.



  • Penulis lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >