Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

SOAL JAWAB RAMADAN

Perkukuh puasa dengan perbanyak amal, pertingkat ilmu, hayati nilai dan akhlak murni

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



APAKAH CARA TERBAIK UNTUK SAYA MENGHAYATI BULAN RAMADAN DAN MENAMBAH AMALAN DI DALAMNYA?



Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:



"Bulan Ramadan diturunkan padanya Al Quran, sebagai petunjuk dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)."



Sesuai dengan bulan Al-Quran ini, maka penghayatannya melibatkan tiga cara:



1. Berusaha memperbanyak amal baik dengan tujuan memperkukuh keimanan dan mendapat keredaan Allah swt.



2. Mempertingkatkan ilmu, melalui pembacaan dan pengkajian Al-Quran, serta mempelajari sejarah Baginda Rasulullah saw.



3. Menghayati nilai murni yang ditunjukkan dalam Al-Quran, terutama dari sudut akhlak.



Tingkah laku kita sebagai orang yang beriman harus mencerminkan akhlak mulia yang diajar dalam kitab tersebut.



Penghayatan bulan Ramadan dan Al-Quran tidak terbatas dalam lingkungan solat dan puasa secara ritual sahaja.



Malah, lebih dari itu, kita mesti menghayatinya dalam setiap aspek kehidupan harian dan melahirkannya dalam tingkah laku, pertuturan dan gerak hati kita.



APAKAH HUKUM SEKIRANYA SAYA TIDAK SENGAJA TERMAKAN ATAU TERMINUM SEDANGKAN SAYA BERPUASA?



Termakan atau terminum dengan terlupa tidak membatalkan puasa. Seseorang yang telah melakukan demikian dengan tidak sengaja hendaklah menyempurnakan puasanya.



Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Sesiapa yang makan dan minum kerana terlupa pada bulan Ramadan, hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Makan dan minum itu adalah pemberian Allah."



Dan diriwayatkan oleh Imam Ad-Daruqutni dengan sanad yang sahih:



"Ia dianggap rezeki daripada Allah. Allah memberinya minum. Tidak perlu dia mengqadha' puasanya.



ISTERI SAYA HAMIL, DAN SETELAH MELAHIRKAN, MUNGKIN AKAN MENYUSUKAN ANAK KAMI. BAGAIMANA HUKUM PUASANYA?



Wanita yang hamil dan dikhuatiri anak di dalam kandungannya itu boleh meninggal dunia jika dia berpuasa, maka dibolehkan dia berbuka dan tidak berpuasa.



Malahan, jika ia dikuatkan lagi dengan pengesahan jujur daripada doktor, dia diwajibkan berbuka.



Firman Allah: "Jangan kamu bunuh anak-anak kamu." (Al-An'am: 151)



Firman Allah lagi: "Dan wajib bagi orang yang berat untuk menjalankannya (iaitu tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin…" (Al-Baqarah: 184)



Kebanyakan ulama mengharuskan berbuka puasa bagi wanita yang hamil.



Dan juga wanita yang menyusukan anaknya yang bimbangkan keadaan diri mereka lantaran berpuasa itu.



Selepas Ramadan, wajib ke atasnya untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan.



Adapun masalah bimbang memudaratkan bayi dalam kandungan, maka telah disepakati harus berbuka puasa. Cuma yang menjadi perselisihan ialah adakah wajib diganti puasanya, atau dibayar fidyah, atau kedua-duanya sekali.



Ibn 'Umar dan Ibn 'Abbas mengharuskan bagi wanita sedemikian untuk membayar fidyah.



Memandangkan kesukaran yang akan dialami oleh wanita sedemikian untuk menggantikan puasa selepas melahirkan, maka yang harus dilaksanakan adalah pembayaran fidyah sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >