Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Persatuan azam bentuk akhlak, adab belia

Feb 28, 2014 | 07:44 AM



MASYARAKAT yang semakin berpendidikan dan berilmu merupakan satu perkembangan positif.


Bagaimanapun, dalam keadaan sedemikian Persatuan Pembangunan Akhlak dan Insan (MHDS) tetap melihat kelemahan yang perlu ditangani.


Dan kelemahan tersebut adalah dalam bentuk akhlak dan adab.


"Masyarakat yang berilmu, berpendidikan tinggi tapi tidak beradab, tidak memiliki pegangan akhlak yang tinggi, adalah masyarakat yang menjurus kepada kemusnahan," ujar Encik Yazid Kamil, naib presiden MHDS.


Demi berusaha menekankan kepada masyarakat Muslim setempat peri pentingnya adab dan akhlak, persatuan yang dimulakan pada 1997 sebelum didaftar secara rasmi pada 2006 itu memberi tumpuan kegiatannya kepada belia.


Setiap tahun, MHDS menganjurkan Pesantren Kilat - sebuah perkhemahan tujuh hari melibatkan sekitar 100 belia lelaki dan perempuan berusia antara 14 dengan 18 tahun.


Perkhemahan itu memberi para peserta peluang mendalami nilai adab dan akhlak sejati seorang Muslim dalam kehidupan sehari-hari.


Dianjurkan sejak 2009, ia diadakan di pekarangan Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Jalan Mempurong - antara segelintir 'masjid kampung' yang masih kekal di Singapura.


Menurut Encik Yazid, 44 tahun, pengurus kanan Teknologi Maklumat, MHDS tidak melakukan 'pemasaran' besar-besaran, tetapi sekadar menarik peserta menerusi laman Facebook persatuan itu.


"Alhamdulillah, kita dapat menarik ramai belia yang boleh dikatakan sebelum ini tidak mengenali agama. Dalam perkhemahan baru-baru ini, kita mempunyai sekumpulan belia bertatu yang menyertai pesantren kilat ini secara sukarela.


"Dan saya begitu gembira dan bersyukur, sehingga sekarang mereka terus mengikuti program kita," ujar Encik Yazid.


Sebagai susulan program Pesantren Kilat, MHDS menganjurkan kem motivasi pada Jun, juga untuk belia.


Kem tiga hari dua malam itu diadakan di Masjid An-Nahdhah dan antara kandungan kem tersebut termasuk ceramah motivasi oleh tokoh-tokoh agama setempat.


Di samping belia, keluarga juga menjadi sasaran penting MHDS.


Setiap tahun, persatuan itu mengadakan Rehlah Keluarga di sebuah resort di Semenyih, Negeri Sembilan.


Program itu mendapat sokongan memberangsangkan sejak dianjurkan pada 2011, sebanyak dua kali setahun, dengan penyertaan sehingga 300 keluarga.


Encik Yazid berkata, program Pesantren Kilat, Kem Motivasi dan Rehlah Keluarga melengkapi kelas mingguan dan syarahan bulanan yang dianjurkan persatuan itu meliputi pelbagai topik yang menjurus kepada pembangunan akhlak.


Memandang ke depan, beliau berkata MHDS mahu mempergiatkan seminar isu semasa yang telah dianjurkan sebanyak lima kali sejauh ini.


Seminar sedemikian diadakan di tempat seperti Singapore Expo dan stadium sukan serata pulau, dan turut disertakan dengan program sampingan.


"Kami sedar masih ramai yang agak tidak selesa ke masjid walau mereka mempunyai keinginan untuk mendalami ilmu keagamaan. Kami mahu mendekati golongan ini dan mudah-mudahan hati mereka terbuka menyertai program di masjid," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >