Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pesona bapa, idaman anak dan isteri

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA yang cemerlang pasti diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa.



Teknik menjadi peneraju rumah tangga bukan sahaja perlu didapati melalui pembelajaran kelas-kelas atau kursus, tetapi ia wajib disertakan dengan semangat dan ajaran Al-Quran.



VISI MEMBENTUK ANAK SOLEH



Seorang ketua rumah tangga perlu menghargai keluarga dengan menunjukkan kepimpinan yang baik, khususnya sebagai seorang bapa.



Tunjukkan keperibadian mulia dan sikap tanggungjawab kepada anak-anak. Dalam mendidik anak-anaknya, bapa perlu mempunyai visi yang jelas dalam keluarga.



Pastinya, ibu bapa ingin melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.



Dengan persediaan ilmu dan kepimpinan, sebuah keluarga itu akan mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri kufur nikmat dan tidak menghargai keluarga, maka rumah tangga akan menjadi porak-peranda.



SOLAT ASAS UTAMA



Walaupun bergelar Islam, terdapat sebahagian bapa yang gagal menyempurnakan solat lima waktu, sedangkan mereka adalah tunggak utama dalam keluarga.



Apabila kita tidak solat, maka bagaimana kita ingin mengajar anak untuk mendekati Allah swt? Oleh itu, dirikanlah solat agar anak-anak dapat mencontohi kelakuan ibu dan bapa di rumah masing-masing.



Selain itu, pelaksanaan solat dapat membentuk watak yang lebih baik. Dengan itu, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama.



Contohnya, penghayatan solat dapat mengelakkan ibu atau bapa daripada marah, maki hamun, memukul anak dan sebagainya. Jika kita ingin mendapat reda Allah swt, maka ikutilah ajaran Rasulullah saw.



IKUTI RASULULLAH SAW



Umat Islam bukan sahaja digalakkan mencontohi Rasulullah saw dalam amalan spiritual seperti puasa, solat dan sebagainya.



Tetapi, kita ingin memahami akhlak Rasulullah saw sehingga menimbulkan kesan untuk meneruskan kehidupan berlandaskan ajaran Islam, termasuklah perihal kekeluargaan.



Jika kita mengikuti Rasulullah saw, kita pasti akan mendapatkan keredaan Allah swt seperti yang telah dinyatakan oleh Allah swt dalam Surah Al-Ahzaab yang bermaksud:



"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (33: 21)



Apa yang dibawa oleh baginda, hendaklah dilaksanakan. Apa yang ditegah oleh baginda, hendaklah dihentikan.



KASIH SAYANG RASULULLAH SAW



Rasululluh saw mempamerkan akhlak terbaik terhadap ahli keluarganya. Meskipun baginda sibuk dengan urusan dakwah, baginda tetap memberikan perhatian terhadap ahli keluarganya.



Sebagai seorang bapa, baginda sentiasa meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang terhadap mereka. Baginda melontarkan kata-kata kasih sayang dan menyantuni anak-anak kecil.



Keakraban antara Rasullullah dengan puterinya, Saidatina Fatimah ra, turut terserlah.



Setelah puterinya berkahwin, baginda berasa rindu yang amat dalam kepada puterinya itu sehingga Rasulullah saw berhasrat membina rumah Fatimah berdekatan dengan rumah baginda.



Kerinduan tersebut membuktikan bahawa Rasulullah saw sangat menyayangi anak perempuan baginda, Fatimah Az-Zahra.



BAGINDA BERLEMBUT DENGAN KELUARGA



Baginda tidak berkasar dengan anak-anak baginda dan sentiasa menggalakkan penyelesaian yang lebih lembut.



Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud:



"Jika kamu berperang (bertengkar/bergaduh) elakkan daripada memukul di bahagian wajah." (Riwayat Muslim)



Berdasarkan Imam al-Nawawi, larangan ini termasuklah larangan menumbuk, menampar, memukul dan sebagainya.



Walaupun kita menjalankan peranan sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya menggunakan kekasaran kerana Rasulullah saw sendiri berlembut dengan anak-anak.



Perbuatan memukul di bahagian muka adalah larangan kerana ia mampu menjatuhkan air muka anak, sekali gus memberi kecederaan pada bahagian yang terlibat.



HIDUP SEDERHANA



Perbezaan sama dahulu dan sekarang agak ketara. Pada zaman sekarang, manusia meletakkan harapan yang tinggi dalam pembinaan keluarga sehingga mereka lupa bersyukur.



Kalau kita benar-benar ikuti Rasulullah, baginda sentiasa mengingatkan kita bahawa sebaik-baik perkara adalah kesederhanaan.



Sebagai ketua keluarga, baginda sentiasa memberi tumpuan kepada keperluan anggota keluarganya.



Sehubungan dengan itu, baginda tidak pernah pulang dengan membawa masalah ke rumah.



Sebaliknya, baginda akan pulang dengan senyuman dan membantu kerja-kerja rumah. Apa yang boleh dibantu, maka baginda akan sedaya upaya menolong anak-anak dan isteri baginda.



Oleh itu, jadilah pemimpin keluarga yang benar-benar mengikuti kehendak Islam dan ajaran Rasulullah saw agar kita dapat menjadi ketua rumah tangga yang berjaya.



Penulis memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB). Beliau juga seorang kadi di PejabatPendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM.)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >