Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Wanita DIMULIAKAN

Posisi kaum Hawa yang diperkukuh dalam Al-Quran

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



ISLAM adalah agama rahmatan lil alamin. Islam diturunkan bagi menyempurnakan akhlak manusia serta mengatur tujuan hidup dalam Islam supaya menjadi lebih harmonis dan damai.



Begitulah kehadiran Islam untuk membaiki darjat dan perlakuan manusia terhadap wanita.



Ustaz Mohamad Rais berkata Allah swt dalam Al-Quran menjelaskan, kedudukan wanita dalam Islam sama dengan lelaki.



Islam membawa satu perubahan besar dan sangat signifikan terhadap status wanita. Sebelum kedatangan Islam, wanita dipandang hina.



Kelakuan orang Quraisy bukan Islam terhadap wanita sangat keji. Wanita seolah-olah tidak berhak untuk hidup. Setiap keluarga yang melahirkan anak perempuan akan membunuh anak yang baru dilahirkan itu.



Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.



"Ia bersembunyi daripada orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan, sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah?



"Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah An-Nahl, ayat 58-59)



MARTABAT WANITA



Selepas kedatangan Islam, wanita diangkat ke martabat yang mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya.



Peranan dan kedudukan wanita lebih jelas ketika Islam memegang tampuk pemerintahan di Madinah.



Mereka bukan lagi pengembala atau manusia hina, tetapi menjadi sayap kiri perjuangan Islam.



Di posisi perjuangan Islam dibawa Rasulullah saw, golongan wanita banyak berjasa dan berdiri teguh di belakang tentera Islam.



Dalam peristiwa Hijrah, As-ma' bin Abu Bakar menghantar makanan kepada Rasulullah dan bapanya, Abu Bakar.



Jika disebut pula wanita bernama Khadijah binti Khuwailid, beliau memberi sumbangan besar terhadap perjuangan Islam.



KEISTIMEWAAN WANITA



Ustaz Rais menghuraikan:



"Jika hendak dibandingkan dengan kaum lelaki, wanita memiliki keistimewaan tersendiri. Wanita mempunyai kelebihan untuk mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Kelebihan ini tiada pada mana-mana lelaki sekali pun.



"Sebab itu, Rasulullah mengutamakan kedudukan seorang ibu sebanyak tiga kali, kemudian baru diikuti dengan bapa.



"Jelaslah, wanita itu lebih dimuliakan kerana banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita. Walau bagaimanapun, pengorbanan itu mampu menjadi sebab kepada kemasukan wanita ke dalam syurga."



WANITA MULIA WANITA BERTAKWA



Penilaian mulia seseorang manusia dapat diukur melalui ketakwaan. Seperti mana yang termaktub dalam surah Al-Hujuraat yang bermaksud:



"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (49:13)



Tegas ustaz: "Jadilah wanita yang bertakwa kerana itulah kemuliaan yang sukar dicari dalam diri wanita pada hari ini." kata ustaz.



WANITA CALON SYURGA



Allah swt menyatakan firman-Nya dalam surah At-Tahriim yang bermaksud:



"Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara." (66:5)



Ustaz menjelaskan bahawa berdasarkan ayat di atas, Allah swt telah mengklasifikasikan ciri-ciri wanita syurga iaitu Islam, beriman, taat, dan berpuasa (beribadah).



"Wanita Islam bermaksud wanita yang mengerjakan rukun-rukun Islam dengan sempurna. Dia beriman dan tidak syirik kepada Allah. Dia juga bersikap amanah dah tekun menjaga rumah tangga dengan baik.



"Selain itu, wanita tersebut juga mementingkan ibadah, khususnya ibadah wajib dan sunah.



"Itulah ciri-ciri yang perlu ada pada diri wanita bagi meraih pahala syurga," jelas beliau.



TIP MASUK SYURGA



Menurut ustaz lagi, sebenarnya wanita Islam mudah sahaja untuk memasuki syurga. Namun, mereka harus memenuhi beberapa kriteria yang sudah diterangkan dalam satu hadis, bahawa Rasululllah saw pernah bersabda:



"Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan empat perkara ini; solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya." (HR Ahmad)



Ustaz Mohamad Rais menjelaskan: "Golongan perempuan lebih senang hendak masuk syurga, berbanding dengan orang lelaki.



"Hal ini kerana orang lelaki mempunyai tanggungjawab lebih besar yang perlu dilaksanakan seperti menjadi ketua keluarga, beribadah dan menyebarkan agama.



"Ringkasnya, tip wanita untuk masuk syurga adalah mudah daripada apa yang disangkakan.''



Kata ustaz, wanita hanya perlu beriman kepada Allah swt. Ertinya, kaum perempuan perlu menunaikan kewajipan yang diperintahkan Allah.



Kedua, wanita perlu beribadah seperti mana yang dituntut dalam Islam.



Ketiga, wanita perlu menjalankan kerja-kerja yang dihendaki.



KETAATAN WANITA



"Beriman kepada Allah swt termasuklah taat kepada Allah swt, ibu bapa dan suaminya. Jika seseorang perempuan melakukan ketiga-tiga jenis ketaatan tersebut, maka dia akan dipermudahkan untuk masuk syurga."



"Contohnya, orang perempuan tidak mempunyai kewajipan untuk memasak, tetapi dia tetap memasak dan menjaga keperluan rumah.



"Walaupun penyediaan tersebut menjadi kewajipan semua, dia menolong kerana ingin membantu dan taat kepada suami.



"Jaga keaiban suami dan jangan buruk sangka pada suami. Maksudnya, wanita perlu menyimpan dan menjaga rahsia rumah tangga agar tidak terdedah kepada khalayak umum.



"Contohilah wanita terbaik dunia seperti Siti Khadijah binti Khawailid, Asiah, Maryam binti Imran dan Fatimah ra," ujar ustaz.




''Jika hendak dibandingkan dengan kaum lelaki, wanita memiliki keistimewaan yang tersendiri. Wanita mempunyai kelebihan untuk mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Kelebihan ini tiada pada mana-mana lelaki sekali pun.

''Sebab itu, Rasulullah mengutamakan kedudukan seorang ibu sebanyak 3 kali, kemudian baru diikuti dengan bapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >