Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Qasidah klasik antara persembahan menarik

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kali Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) menganjurkan Maulidur Rasul saw yang pertama di Auditorium Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 9 Oktober bersamaan 12 Rabiulawal 1444 Hijrah.



Majlis dihadiri pelajar, tetamu serta benefisiari Pergeraq dari anggota persatuan Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS).



Ketua Jabatan Akademik Pergeraq, Ustaz Achmed Fahdly Kamsari, berkata majlis maulid itu diadakan bagi memperingati Baginda saw, dengan diiringi dendangan qasidah.



"Semoga dengan mengingatinya, kita akan dapat merasai nikmat cinta dan rindu kepada baginda.



"Selain itu, kita juga berkongsi sebahagian daripada pengisian sirah Rasul saw supaya hadirin dapat menghayati pengorbanan dan kesusahannya dalam menyebarkan Islam.



"Acara disemarakkan dengan majlis bacaan Yasin dan Tahlil Arwah. Kemuncak majlis menampilkan kehadiran graduan yang pernah menuntut di Damsyik, Syria, dengan bacaan qasidah (al-Kawâkibud Duriyyah fî Madhi Khairil Bariyyah) dan juga penerangan dan syarahan kepada isi kandungannya," jelas Ustaz Achmed Fahdly



Menurut beliau lagi, makna qasidah (bintang-bintang yang bergemerlapan dalam memuji sebaik-baik makhluk yang diciptakan) ini atau lebih masyhur dan dikenali dengan Qasidah Burdah adalah karangan Imam Sharaf Al-Din, Muhammad Al-Busiri, yang wafat pada tahun 696H.



Qasidah itu merupakan qasidah yang paling dikenali berbanding qasidah beliau yang lain.



Qasidah terdiri daripada 160 bait itu adalah syair puisi klasik dengan struktur dan bahasanya menggunakan Arab (Fusha) yang baik dan benar.



Ia dikatakan baik kerana kata-kata yang terkandung di dalamnya dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat Arab.



Ia menekankan kaedah bahasa Arab yang berlaku sepanjang masa, tidak terpengaruh oleh kata-kata asing dan tidak terpengaruh dengan gaya syair moden.



"Qasidah ini digolongkan dalam kaedah klasik kerana ia cukup memenuhi unsur-unsur kaedah sastera serta sesuai dengan kaedah-kaedah syair seperti adanya emosi ('athifah), imaginasi (khayal), gagasan (fikrah) dan memperhatikan keabsahan irama (bahr) dan irama (qafiah).



"Qasidah ini menggunakan irama bahr basith sehingga terasa halus, lembut dan terbaik untuk syair madh (pujian). Corak sastera seperti inilah yang banyak diterima masyarakat sehingga corak sastera ini bersifat abadi dan mempesonakan bagi siapa saja yang mendengarnya.



"Malah, ada di antara mereka yang khusyuk mengikuti alunan qasidah sambil merujuk kepada buku-buku Qasidah Burdah,'' tambah Ustaz Achmad Fadhly.



Majlis maulid itu diakhiri dengan bacaan doa dan pemberian nasi beriani, kuih-muih dan minuman kepada hadirin dan peserta yang telah menjayakan majlis barakah itu.




INFO



- Untuk maklumat lanjut dan aktiviti di Pergeraq, sila hubungi talian 6348-7057 (waktu pejabat) atau WhatsApp ke 8338-2447. Lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeraqsgp@gmail.com



- Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 Bangunan PKMS, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >