Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



RASUAH ditakrifkan sebagai satu bentuk penerimaan atau pemberian suapan yang dijadikan upah atau dorongan kepada seseorang individu untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan tugas yang berkaitan dengan hal-hal yang rasmi.



BENTUK RASUAH



Dalam menjelaskan tentang bentuk rasuah dengan lebih jelas, Ustaz Mohamad Rais memberitahu:



"Pada masa sekarang, rasuah sentiasa ada - sama ada ingin merasuah pihak pentadbir, penguatkuasa, atau lain-lain. Dengan menggunakan nama 'wang', orang tersebut cuba memberi rasuah bagi mendapatkan khidmat 'rahsia' pegawai-pegawai berkenaan demi mencapai kepentingan diri.



"Rasuah adalah perbuatan memberi atau menerima sesuatu pemberian berbentuk barangan, upah, diskaun atau apa- apa dorongan untuk seseorang lain melakukan kehendaknya."



Contohnya, seseorang memberikan suapan berbentuk wang atau hadiah untuk membeli undi agar dia boleh mendapatkan sesuatu jawatan yang diimpikan.



Suasana rasuah lain juga dapat dilihat melalui usaha seseorang untuk mendapatkan sesuatu projek. Contohnya, seorang kontraktor menghadiahkan jam kepada pegawainya. Maka, pegawai itu akan memberi keutamaan kepada kontraktor tersebut dalam pemilihan projek.



Keadaan ini menunjukkan lahirnya gambaran pemberi dan penerima rasuah, terang Ustaz.



LARANGAN RASUAH



Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah:



"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (2:188)



Ustaz menambah:



"Berasaskan ayat di atas, Allah s.w.t. sama sekali melarang seseorang itu makan harta orang lain dengan cara yang tidak benar. Malah, perbuatan rasuah juga tidak dibenarkan kerana ia akan menimbulkan banyak kerosakan."



ANCAMAN PEMBERI & PENERIMA RASUAH



Secara jelasnya, Islam melarang perbuatan memberi dan menerima rasuah kerana ia adalah satu perbuatan yang boleh membawa kepada ketidakadilan. Oleh itu, terdapat ancaman yang besar kepada orang yang mengamalkan sikap rasuah.



Dalam sebuah hadis juga, Abdullah ibn 'Amr r.a meriwayatkan:



"Rasulullah saw melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah)



"Tidak takutkah kita akan ancaman ini? Apabila kita dilaknat oleh Rasulullah saw, maka bagaimana kita ingin meminta syafaat Nabi Muhammad saw kelak? Kita tidak akan mendapat pertolongan di akhirat, jika kita melakukan perbuatan yang ditegah oleh Rasulullah saw.



Maka, berhati-hatilah dalam berurusan dengan orang lain," pesan ustaz.



Rasuah dikaitkan dengan wang bawah meja, pelincir, duit kopi... rasuah seks juga wujud. Allah menggambarkan bagaimana hinanya manusia daripada dimuliakan oleh Allah. Manusia menghinakan dirinya dengan memakan rasuah.



JANGAN JADIKAN BUDAYA



Sebahagian ayat ke-5 dalam surah Al-Maaidah menceritakan tentang sikap orang Yahudi yang mengamalkan sikap rasuah. Firman Allah swt yang berbunyi:



"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)." (5:42)



"Melalui ayat ini, Allah swt memberi isyarat kepada umat Islam supaya yang meniru perangai orang Yahudi yang suka mengamalkan rasuah."



"Dengan amalan rasuah ini, maka akan timbul pelbagai tuntutan palsu, pentadbiran lemah, ketidakjujuran dan penganiayaan. Ia juga akan merendahkan martabat seseorang pegawai kerana keputusan mereka boleh 'dibeli' dengan wang ringgit sahaja. Oleh itu, wujudlah kejahatan dan pembahagian yang tidak seimbang," kata ustaz.



Situasi itu akan menjadikan mereka yang mempunyai kuasa, tenaga, wang dan segala kelebihan lain akan bermaharajalela dan mewujudkan situasi wang adalah kuasa.



TEGURAN UNTUK PENGAMAL RASUAH



Ustaz Mohamad Rais menghuraikan lagi:



"Pada zaman dahulu, rasuah sering diberikan kepada hakim untuk menyalahgunakan kuasa agar pemberi rasuah dapat diselamatkan daripada apa-apa masalah. Jadi, hakim-hakim zaman dulu banyak yang makan rasuah."



Disebabkan oleh kejadian sebegini, maka Rasulullah saw pernah bersabda:



"Para qadhi terbahagi kepada tiga golongan: satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Qadhi di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya.



"Qadhi mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam menghukum maka dia dalam neraka. Qadhi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka". (HR Abu Daud)



"Kalau ada tiga hakim yang membicarakan kes, dikatakan dua hakim akan masuk neraka, dan hanya satu hakim akan masuk syurga. Melalui gambaran hadis ini, maksudnya, jika hakim memutuskan sesuatu perkara yang tidak adil, maka mereka akan mendapat balasan yang berat. Itulah teguran kepada orang-orang zaman dulu yang suka memberi dan menerima suapan."



Allah menjanjikan balasan azab neraka kepada pemberi dan penerima rasuah ekoran perbuatan itu yang disifatkan sangat jijik serta kotor dalam Islam.



Kata ustaz rasuah adalah suatu perbuatan yang amat terkutuk kerana seperti diketahui punca rasuah berlaku kerana seseorang itu mahu mendapatkan sesuatu yang bukan haknya sehingga menafikan hak orang lain.



  • Ustaz Mohamad H Rais lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >