Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Rasulullah pernah jelas hikmah 'jaga jarak' untuk cegah jangkitan

Apr 06, 2020 | 05:30 AM



PENDERITAAN, ujian dan musibah pada hakikatnya adalah rahmah tersembunyi. Nikmat salah satu bentuk kurniaan Allah swt.



Walaupun zahirnya kelihatan seperti azab, di dalamnya tersimpan rahmat yang tidak diketahui melainkan harus melalui proses reda dengan ketentuan Allah swt serta kesabaran yang tinggi.



Dunia kini diuji dengan koronavirus Covid-19 yang menular dengan sejumlah pesakitnya meninggal dunia.



Cara Islam tangani wabak berjangkit seperti taun



Daripada Aisyah ra yang bertanya kepada Rasulullah saw tentang masalah taun, lalu baginda mengkhabarkan:



"Taun adalah sejenis seksa yang Allah swt hantarkan kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah swt menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita taun lalu dia tetap bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar dan mengharapkan pahala, serta mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah swt telah mentakdirkannya kepadanya, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mati syahid." - (Hadis riwayat Al-Bukhari).



Kandungan hadis ini menunjukkan bahawa apabila seorang mukmin mengharapkan pahala, mengetahui bahawa dia terkena taun kerana takdir Allah.



Ini meskipun dia sudah berusaha menghindari penyakit itu dan tidak berkeluh kesah menghadapinya sambil tetap percaya kepada Allah baik ketika sihat mahupun sakit, maka dia mendapatkan pahala orang yang mati syahid. (Dr Mustafa Sa'id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqin; Syarhu Riyadus Salihin).



Cegah penyakit



Oleh kerana sayangnya Rasulullah saw pada umatnya, Rasulullah mencegah mereka daripada sebab-sebab yang dapat mendatangkan kerosakan pada hati dan tubuh badan.



Tidak diragukan bahawa dalam tubuh kita terdapat potensi dijangkiti penyakit. Kerana tubuh sangat mudah menerima pengaruh daripada badan lain yang berdekatan atau bersentuhan.



Terdapat dua maklumat tentang cara Nabi saw menangani penyakit ini. Dalam hadis di atas, Nabi memerintahkan umatnya agar berhati-hati dan menghindari orang yang sudah dijangkiti.



Namun dalam hadis lain disebutkan bahawa Nabi saw pernah memegang tangan orang yang menderita penyakit kusta, lalu memsukkan tangannya ke dalam mangkuk bersama tangan baginda, sambil bersabda:



"Makanlah dan mengucapkan Basmalah dengan sesuatu keyakinan terhadap Allah dan tawakkallah kepada-Nya." ( Hadis riwayat At-Tirmidzi daripada Jabir).



Menurut sebahagian ulama, kededua sikap ini diperlihatkan oleh Nabi saw dalam konteks yang berbeza.



Baginda makan bersama orang yang menderita penyakit kusta bertujuan membatalkan keyakinan kaum jahiliyah yang menyatakan bahawa penyakit menular itu terjadi secara semula jadi tanpa menyandarkan kepada Allah swt.



Sementara Baginda saw melarang umatnya mendekati orang yang sudah dijangkiti untuk menjelaskan bahawa cara demikian merupakan tindakan pencegahan kerana berada dekat dengan penyakit itu telah Allah jadikan sebagai salah satu sebab penularannya. ( Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Maad fi Hadyi Khayril, Ibaadi.)



Menjaga jarak



Dari hadis itu, kita tahu bahawa penyakit taun merupakan wabak yang menular sama halnya seperti ketika kita berhadapan Covid-19.



Ia biasanya merupakan penyakit yang menular dan merebak di wilayah yang memang sudah terjangkit. Oleh itu, Rasulullah saw mahu Muslim 'menjaga jarak' dengan melarang orang yang mendapat serangan penyakit ini dan orang yang ada di wilayah itu keluar sebagai tindakan pencegahan.



Larangan keluar dari wilayah yang terjangkit mempunyai dua makna.



Pertama, mendorong jiwa untuk percaya kepada Allah swt, tawakkal kepada-Nya, sabar, reda kepada qada-Nya.



Kedua, sesiapun yang ingin menghindari penyakit harus mengeluarkan cairan kotor dari tubuhnya dan mengurangkan pemakanan (berpuasa) serta menghindari tempat kotor, lembab dan basah.



Keluar dari wilayah yang sudah terjangkit wabak berjangkit tidak boleh dilakukan kecuali dengan tindakan yang cepat.



Begitulah yang dijelaskan doktor, sehingga kita lihat sangat bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad saw (Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Ma'aad fi Hadyi Khayril Ibaad).



Cara-Cara Pengubatan



Daripada Usamah Bin Syarik ra dia berkata:



"Saya mendatangi Nabi saw ketika sahabat berada di sisi baginda. Kemudian saya mengucapkan salam dan duduk.



"Setelah itu, datanglah orang Arab dan bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, haruskah kami berubat?"



Baginda menjawab: " Ya, kerana tidaklah Allah menurunkan penyakit, melainkan Allah menurunkan juga ubatnya, kecuali untuk satu penyakit, iaitu tua.''



Daripada Jabir ra Rasulullah saw bersabda:



"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah." (Hadis riiwayat Muslim).



Daripada Abdullah ra dia berkata, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt tidak menurunkan penyakit kecuali menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak akan diketahui oleh orang yang sememangnya tidak tahu akan hal itu." (Riwayat hadis Ahmad).



Di sini ada kaedah pengubatan.



Pertama: Menjaga kesihatan.



Kedua: Tindakan pencegahan agar tidak terjadi penularan.



Ketiga: Menghindari perkara yang dapat merosakkan dan membahayakan tubuh.



Kita faham bahwa pengubatan secara Islam itu ada beberapa langkah. Pengubatan badan itu sendiri ada dua kategori:



(a) Pengubatan yang telah diciptakan oleh Allah kepada semua jenis makhluk, yang berakal dan tidak. Ini seperti mengubati lapar adalah makan, mengubati haus adalah minum, mengubati letih adalah istirehat.



(b) Pengubatan yang memerlukan pemikiran analisis, seperti mengubati penyakit yang menggabungkan beberapa jenis penyakit yang menyebabkan gejala.



Rasulullah saw memberikan tuntutan dengan cara mengubati diri sendiri dan memerintahkan berusaha berubat bagi sesiapa pun yang sakit.



Selain itu, dalam perubatan Islam ada ubat-ubat yang lain seperti sentuhan dan kekuatan hati, penyedaran dan tawakkal kepada Allah, patuh, tunduk, berdoa, taubat, dan memohon keampunan kepada-Nya. (Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Ma'aad Fi Hadyi Khayril Ibaadi).




BIODATA



Penulis memiliki ijazah sarjana muda Universiti Al-Azhar, Mesir dan guru al-Quran. Beliau juga pengamal perubatan Al-Quran & Sunnah (Certified London; UK).



Beliau merupakan pengasas Friends Of Quran SG dan pernah dijemput memberi perkongsian tentang Perubatan Islam di Persidangan Pertama Pengurusan Halal Antarabangsa (IHMC) di Universiti Sejong, Korea Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >