Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Hidayah0

Rebut amalan bulan Syaaban

Hujung minggu ini umat Islam akan menyambut kedatangan Malam Nisfu Syaaban, malam yang jelas mendapat kemuliaan Allah swt.
Apr 19, 2019 | 05:30 AM

BULAN Syaaban adalah antara bulan Islam yang dihormati Rasulullah saw kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan.

Ia bulan yang datang sebelum bulan yang dinanti-nantikan setiap mukmin iaitu bulan Ramadan.

'Nisf' bererti separuh iaitu hari yang ke-15 dalam bulan Syaaban dipanggil sebagai Nisfu Syaaban, jelas Ustaz Mohamad Haffiz Zakaria

Dalam catatan sejarah pada zaman Nabi Muhammad saw ada sejumlah peristiwa penting di bulan Syaaban.

Pemindahan kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah di Makkah dan pensyariatan kewajiban berpuasa di bulan Ramadan berlaku di bulan Syaaban.

Berita Popular

Ada Apa Dengan Nisfu Syaaban

Ustaz Mohamad Haffiz menukil seorang sahabat Nabi Muhammad saw bernama Usamah bin Zaid pernah menanyakan pada Nabi Muhammad saw bahawa ia tidak pernah melihat beliau melakukan puasa yang lebih bersemangat daripada puasa Syaaban.

Kemudian Rasulullah saw bersabda:

"Bulan Syaaban - bulan antara Rejab dengan Ramadan - adalah bulan di saat manusia lalai.

"Bulan tersebut adalah bulan dinaikkannya berbagai amalan kepada Allah, Rabb semesta alam.

"Oleh kerana itu, aku amatlah suka untuk berpuasa ketika amalanku dinaikkan."

Namun menurut Mohamad Haffiz , pada bulan ini secara umumnya, umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut Ramadan.

"Tetapi seringnya, persiapan itu hanya bercorak kebendaan.

"Kita boleh lihat saja, suasana sibuk di pasar-pasar di mana ramai dalam kalangan kita ingin mendapatkan bekalan stok untuk menempuhi Ramadan.

"Malahan, ada pula yang sudah sibuk mendapatkan perkakas dan perabot baru, kuih-muih dan juga pakaian untuk menyambut perayaan Hari Raya,'' ujar beliau.

Oleh itu, Ustaz Mohamad Haffiz menyebut sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid ra, Rasulullah saw bersabda:

"Bulan Syaaban adalah bulan di mana manusia mulai lalai iaitu di antara bulan Rejab dengan Ramadan."

Dari sabda Nabi saw di atas, ia menunjukkan tentang anjuran mengerjakan ibadah pada waktu yang dilalaikan ramai orang seperti solat malam (qiamullail), solat duha, berzikir di pasar dan sebagainya.

Bulan Syaaban Adalah Waktu Dinaikkan Amalan

Salah satu hal yang menjadikan bulan Syaaban utama adalah ia bulan semua amal kita diserahkan kepada Allah swt.

Ustaz Mohamad Haffiz membawa ilmuwan Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki yang mengutip hadis riwayat Imam An-Nasa'i yang meriwayatkan dialog Usamah bin Zaid dan Nabi Muhammad saw:

"Wahai Nabi, aku tidak melihatmu berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?"

Kemudian Rasulullah saw menjawab:

"Ramai manusia yang lalai di bulan Syaaban. Pada bulan itu semua amal diserahkan kepada Allah swt dan aku suka ketika amalku diserahkan kepada Allah, dan aku dalam keadaan berpuasa."

Penyerahan amal yang dimaksud dalam hal ini adalah penyerahan seluruh amal kita secara penuh, jelas Ustaz Mohamad Haffiz.


BIODATA

Ustaz Mohamad Haffiz Zakaria, 32 tahun, merupakan Eksekutif Dakwah & Pembangunan Belia, Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau.

Berlatarkan pendidikan Madrasah Aljunied Al-Islamiah, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Insaniah, Malaysia dalam bidang Syariah dan Undang-Undang.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map