Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Riak perosak keikhlasan

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



MEMANG lumrah setiap amal dan niat yang baik pasti ada penggoda dan cabarannya.



Begitu juga keikhlasan seseorang akan terjejas dek godaan.



Ustaz Muhammad Imran Othman, ketua di Pejabat Imam Masjid Al-Ansar, dalam tulisan How to Achieve Sincerity in Islam (Bagaimana Mencapai Keikhlasan dalam Islam), berkata keikhlasan terbetik apabila niat bersih daripada 'kekotoran' yang boleh mencemarya daripada tujuan yang betul.



Al-Imam Al-Ghazali, katanya, menerangkan pelbagai darjah 'kekotoran' yang boleh mencemar keikhlasan.



"Ada yang nampak dan ada yang tersembunyi, ada yang kuat dan ada yang lemah. Yang paling jelas dan merosakkan adalah riak.



Riak, lawan sifat ikhlas, bermaksud membuat diri sendiri kelihatan berbudi di depan manusia untuk mendapatkan penghormatan dan kekaguman mereka dan bukan kerana Allah.



Ia juga dipanggil al-Shirk al-asghar atau syirik kecil.



Pada hakikatnya, kededua sifat ikhlas dan riak ini boleh beriringan.



Sebagai contoh, seseorang itu mendirikan solat kerana melaksanakan perintah Allah swt. Tetapi pada masa yang sama, dia menunjuk-nunjukkan solatnya kepada orang lain untuk mendapat perhatian dan pujian mereka.



Dalam hal ini, solatnya mungkin diterima kerana keikhlasannya masih diutamakan walaupun tidak sepenuhnya sepanjang solat.



Namun, sifat ikhlas mungkin boleh terbatal apabila timbul ada perbuatan syirik. Di sinilah kita harus lebih berhati-hati agar tidak terpesong ke tahap sedemikian.



Tetapi kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan mengatakan dia kurang ikhlas, sebaliknya menyerahkannya kepada Allah swt.



Ini kerana niat adalah sesuatu yang tersirat atau tersembunyi, dan kita tidak dapat menentukannya.



"Kita semua mengharapkan hari-hari yang penuh keberkatan. Semoga Allah swt membimbing kita semua untuk mempunyai niat yang lebih baik dalam semua keadaan dan diberi ganjaran yang terbaik, amin," ujar Ustaz Muhammad Imran sambil mendoakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >