PEREDARAN masa dan waktu adalah salah satu tanda kekuasaan Allah swt. Segala puji dan kesyukuran bagi Allah swt kerana atas limpah kurniaNya dan rahmahNya negara kita Singapura, dan masyarakat Islam khususnya dapat menyambut ketibaan tahun baru 1439 Hijrah dalam keadaan aman dan sejahtera.
Sempena tahun baru Hijrah ini, marilah kita bulatkan tekad dan bersatu hati dalam terus menghidupkan konsep Membangunkan Masyarakat Berjiwa Rahmah.