Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
3

Sang sahabat, sang sekolah

Coretan hati Mufti
Jan 20, 2019 | 05:30 AM

1. Sepanjang perjalanan ini

bersama kita mengatur langkahan kaki

menjadi saksi

melihat mereka bergilir-gilir datang dan pergi

berlabuh buat memunggah muatan isi

singgah untuk berehat para kelasi

sebelum tiba saat nanti

sauh diangkat dan semboyan berbunyi

pelayaran akan bermula lagi

menuju destinasi

dan kita masih di sini

berteduh berlindung dari terik mentari

disapa bayu membuai diri

khayal, namun bukan bermimpi

merenung makna dan erti

di sebalik persahabatan ini

masihkah akan ada embun mendingin pagi

masihkah akan ada merdu cengkerik bernyanyi

merayu rindu pada pelangi

seusai gerimis membaldu bumi

menjirus barakah di perjuangan murni

Sahabat,

semoga langkah seiring kita tidak terhenti

selamanya semerbak mewangi

hingga akhirnya kita kembali

didakap lembut kasih Ilahi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >