Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HASANAH

Santuni warga emas yang memerlukan

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



WARGA emas adalah antara golongan yang harus dihargai kerana mereka telah banyak menyumbang terhadap pemerkasaan institusi kekeluargaan, kemajuan masyarakat dan kemakmuran pembangunan negara.



Dalam menjamin sokongan sosial terhadap warga emas, pelbagai program dilakukan oleh Masjid Hasanah untuk mendekati golongan ini, khususnya penduduk yang berada di sekitar kawasan Teban dan Pandan Gardens.



Berasaskan salah satu nilai teras Masjid Hasanah, tujuan utama mendekati golongan warga emas adalah memupuk sikap keprihatinan terhadap mereka yang menghadapi cabaran pada peringkat usia lanjut.



Antara strateginya ialah meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas.



Misalnya, masjid telah menganjurkan program lawatan ke Gardens by the Bay, terutamanya untuk warga emas yang berkerusi roda.



Bagi memastikan keselesaan peserta program, pihak Masjid Hasanah telah menyediakan pengangkutan dengan menyewa bas khas bagi memudahkan perjalanan warga emas yang kurang upaya.



PENGLIBATAN BELIA HASANAH (MESRA MASJID)



Beberapa belia dan beliawanis Masjid Hasanah, ahli pentadbir Masjid Hasanah, ketua peserta dan warga kerja masjid di bahagian Unit Kemasyarakatan telah bersama-sama membantu mengelolakan program yang dianjurkan oleh pihak masjid pada 13 Disember lalu.



Salah seorang belia masjid itu, Rizuan Othman, 15 tahun, turut menyatakan kegembiraannya kerana dapat menyumbang kepada kesejahteraan warga emas di Masjid Hasanah.



"Saya amat gembira kerana telah diberi peluang untuk membantu masyarakat, terutama sekali golongan warga emas di Masjid Hasanah ini. Inilah peluang bagi saya menggembirakan hati peserta yang dianggap seperti keluarga sendiri ini," terangnya.



PANDANGAN PESERTA PROGRAM



Menurut salah seorang peserta rombongan tersebut, Cik Ramlah Sarman, 71 tahun, beliau berasa senang dan gembira dengan program yang berjaya mengubah keyakinan dirinya itu.



Beliau berkata: "Saya rasa terharu kerana pengalaman melawat Gardens by the Bay ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan merapatkan lagi hubungan saya dengan masyarakat.



"Jika dahulu saya agak malu-malu untuk ke masjid, kini saya berusaha untuk hadir ke masjid sekerap yang mungkin bersama rakan-rakan yang lain."



Seorang lagi peserta lawatan tersebut, Cik Mariam Bee Kassim Khan, 69 tahun, turut berkongsi pengalaman beliau menyertai lawatan tersebut.



"Melalui lawatan ini, para peserta sedikit sebanyak dapat menimba ilmu serta mengenali kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di sana, selain daripada bunga mawar, anggerik dan melur.



"Oleh itu, saya ingin melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana telah berjaya menganjurkan lawatan sedemikian.



HARAP TERUS BANTU WARGA EMAS



"Dengan pelbagai kemudahan seperti bantuan belia dan kemudahan pengangkutan, ia juga sangat membantu kerana warga emas seperti saya agak sukar untuk keluar rumah dengan keadaan yang kurang upaya.



"Saya harap usaha sebegini akan diteruskan, termasuklah pembelajaran agama di masjid bagi warga emas yang berkerusi roda."




CARA MENYUMBANG



- Paynow ke UEN: S70MQ0042B



- Pindahan wang ke akaun semasa OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang bill reference dengan "wakaf" atau "infak". Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque



- Melalui cek kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.



- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian +65-6561-7990, Isnin-Jumaat (9 pagi - 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi - 1 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >