Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

SEMPENA MAULID NABI

Satu kerugian tidak kenali Nabi Muhammad

Oct 23, 2020 | 05:30 AM



PEPATAH menyatakan bahawa 'tak kenal, maka tak cinta'.



Ungkapan disebut oleh Ustaz Ahmad Dahri tentang kekurangan rasa cinta manusia terhadap Nabi Muhammad saw, lantaran kurang mengenalinya.



Beliau berkata: "Itulah masalah utama yang berlaku dalam masyarakat hari ini.



"Mereka tidak mengenali nabi dengan sebaiknya, maka tidak akan timbul rasa cinta terhadap baginda. Akibatnya, kita tidak akan berasa sayang kepada Nabi, sedangkan baginda saw ialah seorang insan sempurna dalam segala aspek.



"Justeru, baginda menjadi contoh terbaik yang wajib diteladani oleh seluruh umat manusia."



Hal ini selari dengan firman Allah swt yang berbunyi:



"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Al-Ahzaab: 21)



CINTA YANG SALAH



Ustaz Ahmad Dahri berkata ramai orang Islam meletakkan rasa cinta pada tempat yang salah.



Contohnya, generasi muda hari ini lebih berminat kepada pemain bola, penyanyi, penari atau pelakon.



"Mereka bukan sekadar menjadi peminat, malah mereka bertukar menjadi taksub kepada orang yang diminatinya itu.



"Apa yang lebih parah, mereka menjadikan orang-orang tersebut sebagai idola yang disanjung tinggi.



"Lalu, mereka meniru gaya hidup, pemakaian, perlakuan, atau percakapan yang ditunjukkan oleh idola masing-masing. Malahan, ada yang sanggup berkorban masa, wang, harta benda, bahkan nyawa sekalipun demi orang yang diagungkan itu.



"Padahal, tiada satu pun yang mendatangkan kebaikan untuk hidupnya di dunia dan akhirat. Perkara seperti inilah yang menjadi satu kerugian yang paling besar," terang ustaz.



BELAJAR SIRAH NABI



Ustaz Ahmad Dahri menceritakan lagi bahawa pada zaman Rasulullah saw, Abu Jahal dan Abu Lahab memandang baginda sebagai orang gila atau kurang siuman kerana mereka hanya mengenali nabi secara luaran sahaja.



Menekankan perlunya mengenal nabi meliputi luaran dan dalaman, beliau berkata:



"Belajarlah untuk mengenali Rasulullah saw sejak dari kecil lagi. Kebanyakan umat Islam hanya mengenali nama baginda saw, tanpa memahami sirah (sejarah hidup) sejak baginda dilahirkan.



"Cubalah mendalami sejarah kehidupan baginda, barulah kita akan kenal nabi kita dengan sebenar-benarnya."



BANTUAN RASULULLAH PADA HARI KIAMAT



Ustaz Ahmad Dahri menjelaskan bahawa tiada seorang pun manusia yang dapat menolong kita pada hari kiamat kelak, melainkan Nabi Muhammad saw sahaja.



"Itupun jikalau Rasulullah mengenali kita pada hari tersebut.



"Sekiranya Nabi Muhammad saw tidak kenal kita, maka kita tidak akan mendapat apa-apa syafaat yang mampu menghindarkan manusia daripada keburukan.



"Jika kita ingin menjadi manusia yang dijamin kebaikannya, maka ikutilah ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya," kata ustaz.



RINDU NABI DENGAN BERSELAWAT



Ustaz Ahmad Dahri menyeru supaya umat Islam sentiasa mengingati nabi dengan menyebut nama Nabi Muhammad saw melalui ucapan selawat.



Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali saja, maka Allah swt akan berselawat kepadanya 10 kali" (HR Muslim)



Uustaz menjelaskan: "Jika kita berselawat khusus pada malam atau siang Jumaat, nilai pahalanya tidak sama seperti kita berselawat pada hari selain Jumaat.



"Tanamkan juga rasa rindu terhadap nabi. Bayangkan, Nabi Isa as sudah menyimpan kerinduan terhadap kedatangan Nabi Muhammad saw selama 600 tahun sebelum kelahiran baginda.



"Pokok kurma pun menangis kerana cintakan Rasulullah saw. Jadi, bagaimana dengan kita? Tanya pada diri sendiri, pernah atau tidak kita merindui Rasulullah saw. Sebagai umat baginda, kitalah yang seharusnya paling mencintai nabi."



PUJI KEBAIKAN NABI



Untuk mencintai nabi, Ustaz berkata bahawa seseorang hendaklah sentiasa memuji kebaikan Nabi Muhammad.



Sememangnya, baginda saw sentiasa mengingati umat Islam. Buktinya, setelah baginda bangkit dari kuburnya, baginda akan mencari umatnya hingga ke padang Mahsyar.



"Nabi tidak akan berasa senang selagi ada umatnya yang tidak masuk ke syurga Allah swt. Begitu baiknya rasa sayang nabi terhadap kita. Maka, ingatlah kebaikan Nabi Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh," pesan ustaz.



  • Drs Ahmad Dahri, 61 tahun, seorang penceramah bebas yang berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Sumatera Utara, Indonesia dan melanjutkan pengajian di Darul Ulum Makkah di Arab Saudi dalam bidang bahasa Arab. Beliau juga memiliki ijazah dari Universiti Al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi dalam bidang Syariah. Beliau mendalami ilmunya dengan mengikuti kursus ijazah Sarjana Universitas Al-Washliyah (Univa) Sumatera Utara, Indonesia.


"Mereka bukan sekadar menjadi peminat, malah mereka bertukar menjadi taksub kepada orang yang diminatinya itu. Apa yang lebih parah, mereka menjadikan orang-orang tersebut sebagai idola yang disanjung tinggi. Lalu, mereka meniru gaya hidup, pemakaian, perlakuan, atau percakapan yang ditunjukkan oleh idola masing-masing. Malahan, ada yang sanggup berkorban masa, wang, harta benda, bahkan nyawa sekalipun demi orang yang diagungkan itu. Padahal, tiada satu pun yang mendatangkan kebaikan untuk hidupnya di dunia dan akhirat. Perkara seperti inilah yang menjadi satu kerugian yang paling besar."
- Ustaz Drs Ahmad Dahri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >