Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Sediakan didikan Islam mudah dan berkesan

Feb 28, 2014 | 07:38 AM



MENYEDIAKAN pendidikan Islam kepada masyarakat dengan pendekatan yang mudah dan efektif.


Itulah matlamat dan visi Pusat Pengajian Alhaddad yang baru ditubuhkan awal tahun ini dan kini berada di kawasan estet perumahan Bukit Batok.


Pengasas Pusat Pengajian Alhaddad Ustaz Syed Ahmad Syed Alwi Alhaddad, lulusan Universiti Al Azhar di Mesir berkata:


"Tujuan serta matlamat kami membuka cawangan pengajian Islam bagi masyarakat adalah untuk mereka mempelajari agama dari peringkat asas hingga ke peringkat sijil.


"Inisiatif untuk membuka cawangan pertama kami di Bukit Batok adalah kerana kami yakin ramai masyarakat Islam di estet perumahan barat Singapura amat dahagakan kursus-kursus singkat dan bermodul.


"Dalam masa yang sama, kami masih ingin menyebarkan lagi mutu pendidikan Islam yang ditawarkan dengan membuka kelas-kelas madrasah separuh masa untuk kanak-kanak dan Asas Bimbingan Remaja.


"Sebagaimana kami telah diberitahu masih ramai dari kalangan anak-anak remaja kita yang masih belum didedahkan dengan asas-asas agama dan trend ini amat membimbangkan.


"Usaha kami adalah untuk memastikan anak-anak remaja Islam mendapat pendidikan asas yang sempurna.''


Ini menjadi dorongan untuk Pusat Pengajian Alhaddad menawarkan program-program peringkat kanak-kanak dan remaja melalui pendekatan ASQ iaitu Akhlak, Solat dan Quran, tambah Ustaz Syed Ahmad.


Dalam kehidupan, seseorang kanak-kanak atau remaja perlu ada tiga ilmu asas ini iaitu mempunyai akhlak yang murni, mempunyai ilmu ibadah yang sempurna serta mengetahui ilmu al-quran sebagai panduan hidup.


"Ini semua agar kehidupan mereka lebih kukuh menghadapi ujian dan cabaran hidup di zaman moden dan penuh mencabar, insya-Allah," ujar Ustaz Syed Ahmad.


Pada mulanya beliau berwaspada juga untuk membuka Pusat Pengajian Alhaddad di Bukit Batok yang dikatakan pasti mendapat saingan yang hebat dengan pusat pendidikan swasta yang lain.


Namun dengan pengalaman dan juga semangat memberikan khidmat pengajian yang terbaik kepada masyarakat, langkah mereka sebaliknya mendapat respons yang memberangsangkan.


"Alhamdulillah kami mendapat respons dan sambutan dari para penduduk Islam kawasan barat yang menggalakkan Alhaddad membuka lebih banyak kursus-kursus asas agama peringkat dewasa.


"Kami juga ingin fokus untuk memberi pendidikan agama kepada surirumah seperti pengenalan solat dan asas al-Quran.


"Para ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mereka ke Pusat Pengajian Alhaddad selepas waktu sekolah untuk kelas-kelas asas Al-Quran dan asas-asas solat," kata Ustaz Syed Ahmad.


"Kami juga mengadakan Seminar dan Bengkel setiap bulan seperti Seminar Tafsir, Wanita, Keluarga, Solat dan sebagainya agar masyarakat Islam lebih didedahkan kepada ilmu-ilmu agama dengan pendekatan berkonsepkan ilmiah dan berinteraktif."


Pusat Pengajian Alhaddad boleh dihubungi di Blk 158 Bukit Batok Street 11, #03-216, atau e-mel: alhaddadLEARNING@singnet.com.sg atau Facebook: Alhaddad Learning atau hubungi 9673 1843.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >