SOALAN: Apakah tanggungjawab waris pada hutang si mati?
JAWAPAN: Antara perkara utama yang perlu dilakukan waris ialah menyelesaikan hutang si mati - hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah. Hutang kepada Allah termasuk haji, fidyah puasa dan nazar yang belum tertunai. Ini mesti diselesaikan terlebih dahulu, antaranya dengan melaksana badal haji dan membayar fidyahnya.