Semarak muhibah dan ihsan, raikan sifat murni sewaktu krisis
Jaga tindakan dan kata-kata untuk elak sama sekali permusuhan dan kebencian
Feb 11, 2020 | 05:30 AM
ANCAMAN penularan koronavirus di Singapura hari ini belum lagi reda. Malah, Singapura baru sahaja meningkatkan penilaian risiko penularan koronavirus ke tahap Jingga.
Ini menandakan Singapura tetap dalam keadaan berjaga-jaga dan memerlukan strategi yang lebih agresif.