MASYARAKAT dunia dalam beberapa tahun terakhir ini khuatir dan bimbang akan keadaan suhu bumi yang semakin meningkat dan naik menjadi lebih panas, yang dikenali sebagai global warming atau pemanasan sejagat.
Menurut ahli sains, suhu bumi meningkat purata 0.4 hingga 0.8 darjah Celsius dalam 100 tahun lalu, dan ia diramal meningkat 1.4 hingga 5.8 darjah Celsius dalam tahun 2100 dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.