Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Siapa yang beroleh lailatulqadar?

Teks dan Suntingan Halaman oleh ISMAIL ALI

May 06, 2022 | 05:30 AM



RAMADAN sudahpun meninggalkan kita tetapi mungkin ada yang tertanya-tanya siapa di antara mereka yang berjaya mendapatkan anugerah lailatulqadar yang ganjaran pahalanya begitu besar - lebih baik daripada ibadah selama 1,000 bulan.



Untuk menjawab persoalan ini, pensyarah bebas, Ustaz Drs Ahmad Dahri, dalam kuliah subuhnya dalam siri ceramah bertemakan 'Mutiara Ramadan' di Masjid Yusof Ishak, menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa yang dapat mengesan bila lailatulqadar akan berlaku.



Namun, kata beliau, Rasulullah saw telah memberi panduan mengenainya dengan sabda Baginda yang bermaksud "carilah, dapatkanlah atau usahakanlah (untuk mendapatkan) malam qadar ini pada malam-malan ganjil pada 10 penghabisan (akhir) Ramadan".



"Allah swt memberikan kita peluang mendapatkan yang namanya lailatulqadar, yang qadar ukurannya bagi satu malam itu adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.



"Bagaimanapun, untuk kita mencerna lailatulqadar ini, tidak terjangkau oleh akal fikiran sesiapa pun. Sepintar mana pun seseorang itu, dia memang tidak mampu mengesan lailatulqadar ini.



"Hatta tidak ada alat canggih apa pun yang boleh mengesan lailatulqadar ini," terang beliau.



Menurut Ustaz Ahmad Dahri, hanya Allah swt sahaja yang dapat menjawab soalan ini dan hanya Allah yang tahu betapa hebatnya lailatulqadar ini.



Jadi siapa yang berhak mendapat atau gagal memperolehinya?



"Untuk mendapatkan lailatulqadar ini tidak hanya dengan menghitung hari-harinya. Walaupun tadi ada disebut "pada 10 malam penghabisan", Rasulullah saw menekankan bahawa seseorang yang mahukannya "hendaklah berusaha keras, bersungguh-sungguh (mendapatkannya)".



"Jadi di sini kita difahamkan bahawa untuk mendapatkan lailatulqadar, iaitu satu anugerah yang luar biasa, tidak boleh dengan bersahaja melainkan harus bersungguh-sungguh.



"Yang jelas, kita boleh dapat, insya-Allah, jika dari awal hingga akhir Ramadan kita isi dengan amal soleh, dengan niat yang betul, jangan lari, iaitu kerana keimanan dan untuk mendapatkan keredaan Allah swt," kata Ustaz Ahmad Dahri lagi.



Dalam kuliah subuhnya di Masjid Mujahidin pada minggu-minggu terakhir Ramadan, tokoh agama, Ustaz Pasuni Maulan, menambah bahawa walaupun ada ulama yang meramalkan bila jatuhnya lailatulqadar, ia sekadar membantu umat Islam memfokuskan ibadahnya.



Beliau turut menekankan pentingnya usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan lailatulqadar dan menegur sikap sesetengah orang yang menurutnya mencari lailatulqadar dengan "membawa satu peluru" (usaha pada malam tertentu) berbanding dengan segolongan lagi yang berusaha "dengan membawa peluru tabur" (beribadah sepanjang Ramadan).



Seorang lagi tokoh pendakwah setempat, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, pula mengajak masyarakat Muslim supaya meneruskan "momentum ibadah" dalam Ramadan di luar Ramadan.



Dalam kuliah subuhnya pada hari-hari terakhir Ramadan di Masjid Mujahidin, beliau berkata janganlah sampai kita menjadi "hamba lailatulqadar" dengan memfokuskan ibadah pada malam-malam tertentu sahaja".



"... Kita ibadah kerana Allah bukan kerana lailatulqadar. Kita hamba Allah, bukan hamba lailatulqadar.



"Lailatulqadar adalah kurniaan Allah, bukan dia merupakan satu perkara yang menjadikan sebab kita ibadah. Ibadah kita kerana Allah swt... Jadi ada lailatulqadar atau tidak, tetap kita beribadah kepada Allah," tegas Ustaz TM Fouzy.




APA ITU MALAM LAILATULQADAR



"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
- Surah Al-Qadr.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >